MEMUAT

Taip untuk mencari

Krafton berjumpa dengan organisasi SEA bagi perancangan 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Khabar angin ada memalitkan bahawa Krafton akan membuat perjumpaan dengan pasukan besar di Asia Tenggara dalam masa 2 minggu yang akan datang. Hal ini adalah untuk membincangkan struktur kejohanan pada tahun 2022 untuk New State: Mobile. 

Dan, khabar angin juga mengatakan bahawa salah satu pasukan besar di Asia Tenggara yang akan terlibat adalah Team Secret. Selain daripada pencapaian yang mereka ada, mereka juga salah satu pasukan PUBG Mobile yang memiliki peminat yang sangat ramai. 

Sumber: Team Secret

Adakah Krafton akan menaikkan New State: Mobile & membawa tajuk permainan itu sebahagian daripada scene kompetitif?

Dari khabar angin yang diterima, perjumpaan Krafton bersama pasukan besar Asia Tenggara itu adalah bertujuan untuk membincangkan tentang kejohanan New State: Mobile pada tahun 2022.

Seperti yang kita tahu, sekarang ini PUBG Mobile sedang menguasai permainan e-sukan khususnya di Asia Tenggara. Tajuk e-sukan itu telah membuka peluang yang luas kepada banyak pasukan untuk ketengahkan bakat mereka.  

Dengan adanya kejohanan untuk melayakkan sesebuah pasukan pergi ke peringkat yang lebih tinggi dalam PUBG Mobile seperti MEC, PMNC & PMCO, ia memang memberi peluang untuk bakat baru hadir dalam scene kompetitif tersebut walaupun dalam persaingan yang sengit.

Sumber: Krafton

Kini, PUBG Mobile dikatakan memiliki “persaing” dalam permainan yang lebih kurang sama cuma ianya dimiliki oleh Krafton. Kalau nak diikutkan, dengan grafik yang New State: Mobile ada, memang permainan mudah alih ini boleh pergi jauh. Lebih-lebih lagi apabila mereka menegaskan bahawa New State: Mobile adalah “mobile-focused experience”. 

Buat masa kini, ramai yang lebih tertumpu kepada PUBG Mobile kerana keberadaan mereka dalam kompetitif ini sudah agak lama. Lebih-lebih lagi apabila banyak pasukan besar yang sertai kompetitif PUBG Mobile seperti Team Secret. 

Jika benar, adakah ini akan menyebabkan banyak pasukan besar Asia Tenggara beralih ke New State: Mobile? 

Mungkin, ya! Mungkin, tidak! Ianya bergantung kepada kumpulan hadiah yang ditawarkan & pendedahan yang mereka bakal dapat di New State: Mobile. Sebab kalau ada pasukan Asia Tenggara yang bermain di kompetitif PUBG Mobile seperti PMPL mahu bertukar kepada New State: Mobile, mungkin sedikit mustahil. 

Kenapa mustahil? — Sebab mereka telah pun mencipta nama di arena profesional PMPL terutamanya. Dan ada dalam kalangan mereka yang pernah membawa nama Malaysia di peringkat dunia. Jadi, untuk terus memasuki scene kompetitif New State: Mobile yang sangat baru, mungkin tidak begitu relevan.

Tetapi, kalau insentif atau struktur yang ditawarkan oleh New State: Mobile lebih baik dari PUBG Mobile, tidak mustahil akan ada pemain profesional atau pasukan PUBG Mobile yang bakal beralih ke New State: Mobile.

Sumber: Krafton

New State: Mobile ada peluang yang cerah untuk dominasi scene kompetitif

Scene kompetitif New State: Mobile?! Pasti dalam kalangan pemain New State: Mobile akan berasa lebih ‘adil’ dengan adanya scene kompetitif bagi tajuk permainan tersebut.

Jika New State: Mobile mengadakan kompetitif mereka tersendiri, pasti peluang untuk menjadi pemain profesional akan lebih cerah. Disebabkan terlalu banyak pasukan yang cuba untuk memasuki kompetitif profesional PUBG Mobile (PMPL), tajuk permainan e-sukan itu kelihatan padat. 

Sumber: Krafton

Dan, peluang juga hanya diberikan kepada pasukan yang betul-betul berikan performa yang baik. Dalam beribu-ribu pasukan yang bertanding di pusingan kelayakan, mestilah yang terbaik sahaja yang dipilih. Dan, itu akan membuatkan lebih ramai pasukan mula untuk berputus asa.

Untuk New State: Mobile, mereka adalah pendatang baru dalam scene kompetitif. Jadi, peluang akan lebih terbuka untuk banyak pasukan. Mungkin struktur kejohanan mereka berbeza dengan PUBG Mobile, yang boleh menarik minat banyak pasukan!

Bagi kumpulan hadiah & informasi tentang kompetitif New State: Mobile, buat masa ini, masih belum diumumkan lagi. Mungkin ianya masih dalam perbincangan kerana keputusan belum lagi muktamad. Krafton pasti akan mengemukakan lebih banyak informasi pada tahun ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya