MEMUAT

Taip untuk mencari

SEA EC 2021: Geek Fam juara, berjaya jadi yang terbaik dalam SEA!

atq_hyprgame
Kongsi

Kejohanan SEA EC 2021 merupakan kejohanan yang dibawakan khas untuk Asia Tenggara. Terdapat 10 negara Asia Tenggara yang bertanding di kejohanan tersebut untuk mengisi 3 kategori e-sukan yang dipertandingkan; PUBG Mobile, Wild Rift & VALORANT. 

Geek Fam berjaya jadi juara kejohanan SEA EC 2021 dengan 1 Chicken Dinner

Dengan hanya 1 Chicken Dinner yang dipegang oleh Geek Fam, pasukan Malaysia itu berjaya menjuarai SEA eSports Championship 2021 bagi kategori PUBG Mobile, menewaskan The Infinity yang mengumpul sebanyak 3 Chicken Dinner.

Di peringkat akhir SEA EC 2021, Geek Fam boleh dikatakan sangat konsisten. Sepanjang 15 pusingan yang dimainkan dalam 3 hari, pasukan itu berjaya menukar kedudukan di tempat pertama & kedua sahaja.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Di Hari Pertama Pusingan Pertama peringkat akhir SEA EC 2021, Geek Fam tidak begitu meyakinkan apabila mereka kecundang di tempat ke-14 dengan 1 mata. Tetapi, pasukan itu berhasil untuk comeback semula di dalam permainan selepas menutup hari pertama kejohanan dengan Chicken Dinner (6 mata singkir). 

Di Hari Kedua, ada 2 kali kedudukan Geek Fam sedikit menurun kerana mereka terkeluar awal di dalam permainan. Tetapi mereka berjaya melonjakkan lagi mata dengan meneruskan konsistensi di 3 pusingan lagi.

Di hari terakhir SEA EC 2021, tidak dapat dinafikan, Geek Fam terus menerus mengekalkan konsistensi mereka selepas mereka menamatkan kedudukan kedua di Hari Kedua SEA EC. Dengan adanya konsistensi & momentum yang telah pun dibina oleh mereka di hari yang sebelumnya, mereka berhasil membawa pulang kejuaraan.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Geek Fam hanya mencatatkan sebanyak 3 kali too soon sepanjang 15 pusingan dimainkan. Sebab itu boleh dilihatkan, placement point yang dipegang oleh Geek Fam lebih tinggi berbanding dari pasukan Thailand, The Infinity. 

Barisan utama yang digunakan oleh Geek Fam sepanjang di SEA EC 2021 adalah GEEKDamRUDE, GEEKQb, GEEKSONIX7Days & GEEKSnipesMVP, GEEKMiracleOP.

Geek Fam, selaku Juara SEA EC 2021 bagi kategori PUBG Mobile akan membawa pulang sebanyak RM42,000. 4 pemain dari Geek Fam berjaya membawa pulang $100 USD masing-masing selepas mendapatkan MVP di dalam permainan. Mereka adalah GEEKDamRUDE, GEEKQb, GEEKSONIX7Days & GEEKSnipesMVP.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *