MEMUAT

Taip untuk mencari

Pabz Esports Indonesia rasmi melepaskan Poizy & 4 pemain lagi

atq_hyprgame
Kongsi

Pabz Esports merupakan organisasi e-sukan di Indonesia yang memiliki pemain berbakat dari divisi Mobile Legends: Bang Bang mereka. Pemain Pabz Esports terdiri daripada Poizy, Evl, Reyy, RiRv, Ree, Baymax, Speechless, Layy, Xinthink, Fel & Bravo.

Roster Pabz Esports pernah sertai MDL ID Season 4. Mereka Sejujurnya memiliki pemain yang berbakat lebih-lebih lagi Poizy. Selaku pemain yang memegang posisi di EXP Lane, Poizy banyak memberi ilmu melalui akaun TikTok menurut ONE Esports ID

Pelepasan 5 pemain Pabz Esports ID iaitu Poizy, Evl, Reyy, RiRv & Ree mungkin tidak begitu mengejutkan kerana sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Pabz Esports akan mengambil alih roster Victim Esports. 

Sumber: Pabz Esports
Sumber: dric.esports

Selepas Victim Esports melepaskan keseluruhan divisi Mobile Legends: Bang Bang mereka, tidak lama selepas itu, Pabz Esports memberi hint tentang pemain yang bakal mengisi roster mereka. Khabar angin itu semakin kuat selepas Pabz Esports mengumumkan roster yang akan bermain di kejohanan Piala Gubernur Jawa Tengah Esports 2021.

Rata-rata daripada komuniti MLBB di Indonesia mengatakan bahawa pemain yang dilepaskan oleh Pabz Esports akan bergabung dengan organisasi e-sukan yang lain. Banyak khabar angin yang mengatakan bahawa itu adalah Victim Esports.

Victim Esports juga pada saat ini telah bergabung dengan Eagle365 dan membentuk nama, VICTIM365. Tetapi mereka masih belum merasmikan lagi pemain-pemain yang bakal mengisi divisi MLBB & PUBG Mobile.

Sumber: Victim Esports
Sumber: Victim Esports

Apa jadi dengan Pabz Esports MY yang diisi oleh bekas pemain Orange Esports?

Seperti yang sedia tahu, Pabz Esports MY telah pun mengumumkan kemasukan pemain dari Orange Esports iaitu LinkEzaa ke dalam divisi Mobile Legends mereka bersama-sama dengan Iris, Mannn & iSonic. Tetapi, LinkEzaa kini sudah rasmi sertai Team Caracal.

Selepas kemasukan LinkEzaa ke dalam Pabz Esports & kemunculan beliau di dalam Team Caracal menjadi tanda tanya apa yang telah terjadi dengan Pabz Esports MY. Adakah Iris, Mannn & iSonic masih lagi bersama dengan mereka atau mereka juga telah dilamar oleh organisasi e-sukan yang lain?

Buat masa kini, roster Pabz Esports masih diisi oleh Baymax, Speechless, Layy, Xinthink, Fel & Bravo. Namun, pelepasan 5 pemain mereka ini mungkin dapat memperkuatkan lagi khabar angin tentang penggabungan mereka bersama dengan organisasi e-sukan yang lain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *