MEMUAT

Taip untuk mencari

Team Caracal umum line up rasmi mereka bagi tahun 2022!

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas memberi beberapa hint tentang pemain yang bakal mengisi roster Team Caracal, pasukan itu akhirnya memperkenalkan barisan pemain mereka bagi tahun 2022.

Barisan pemain Team Caracal terdiri daripada Lolealz, Aim, Leixia, LinkEzaa, Zaraki, Kaizer, Neo & Kuja.

Ciwing Rush & Logan mungkin tidak bertindak sebagai pemain. Mereka mungkin bertindak sebagai management/orang kuat bagi Team Caracal.



Pasukan terdahulu
Muhammad Aiman Mohamad Abas AimTeam Bosskurr
Ealtond RaynerLolealzRSG MY
Jamil Nurolla ZarakiRSG MY
Mohd Norhadim Yusup LinkEzaaOrange Esports
Ahmad Ali Huzaifi Abdullah HazawiLeixiaRSG MY
Izme Haqeem HamsjidKaizerRSG MY
Muhammad Azam AhmadNeoTeam Bosskurr
Abdul Wandi  Abdul KadirLoganRSG MY
Herwin BaharuddinCiwing RushRSG MY
Ajwad Mohd Yusof Kuja

Semua pemain Team Caracal pernah bermain di gelanggang profesional Mobile Legends: Bang Bang ketika MPL MY S8. Masing-masing pernah sertai pasukan seperti RSG Malaysia, Orang Esports & Team Bosskurr. 

Sebelum ini, Ciwing Rush yang pernah sertai RSG Malaysia ada berkata bahawa beliau mahu menubuhkan pasukan mereka sendiri tetapi setelah dilamar oleh organisasi e-sukan itu, mereka bersetuju untuk sertai RSG Malaysia. 

Kini, dengan roster lengkap, pasukan ini pasti akan mempersiapkan diri untuk memasuki arena MPL MY S9. Namun disebabkan mereka adalah pasukan baru, mereka akan memulakan perjalanan di peringkat saringan sebelum diserap masuk ke dalam MPL MY S9

Melihat secara fizikal, Team Caracal mempunyai peluang untuk menaikkan nama mereka di arena profesional Mobile Legends: Bang Bang. 

Sumber: Team Caracal

Seperti yang sedia tahu, mereka datang dari pasukan-pasukan yang berbakat & mereka sendiri terdiri daripada pemain-pemain yang sudah lama sebagai pemain profesional MLBB. 

Dengan adanya Kuja sebagai jurulatih, semua tahu bahawa Kuja mempunyai skil & potensi yang sangat baik sebagai seorang jurulatih. 

Dengan sumbangan tenaga yang beliau akan beri kepada Team Caracal, semoga pasukan itu boleh membuat debut pertama mereka di MPL MY S9.

Baru-baru ini, Team Caracal baru sahaja melakukan debut mereka di 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Esports Malaysia apabila mereka berjaya mendapatkan naib juara & membawa pulang sebanyak RM 4,000

Sumber: Team Caracal

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *