MEMUAT

Taip untuk mencari

Top 2 MEC ke qualifier MPL MY S9, Team Caracal berjaya ke suku akhir

atq_hyprgame
Kongsi

Melalui kerjasama Malaysia Esports Championship (MEC) bersama dengan Moonton, 2 pasukan teratas dari Mobile Legends: Bang Bang akan mendapat slot mereka dalam Kelayakan Top 8 MPL Musim 9. 

Ini memberi peluang buat pasukan Mobile Legends untuk merebut slot mereka di MPL MY S9. Terdapat 2 cara untuk ke MPL MY S9 iaitu melalui kejohanan MEC & juga qualifier rasmi MPL yang akan diadakan pada 14 Januari sehingga 16 Januari ini.

Sumber: ESI
Sumber: ESI

Team Caracal yang terdiri daripada pemain-pemain profesional MLBB telah pun melayakkan diri mereka ke suku akhir MEC bersama dengan 7 lagi pasukan lain; HomeBois, RSG, Kuda Tua Hebat, Richie Esport, Cyduken, Magnus Canvallis & Mikey

Peringkat akhir bagi MLBB bagi MEC akan diadakan pada 8 Januari ini di mana Top 4 akan ke separuh akhir & Top 2 akan terus ke Grand Finals. Semua pusingan akan dimainkan dalam format BO3.

Stage Kelayakan
Stage 1 
Top 512
(20-23 Dec 2021)
512 teams will be divided into a single-elimination bracket.
Teams will play BO3 in 6-ban match.
The winner of each group will go to the next stage.
Stage 2
Top 256
(27-28 Dec 2021)
256 Teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
The winner of each group will go to the next stage.
Stage 3
Top 128
(29 Dec 2021)
128 Teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
The top 16 will go to the next stage.
Stage 4
Top 64
(30 Dec 2021)
64 Teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
The top 32 will go to the next stage.
Stage 5
Top 32 (31 Dec 2021)
32 Teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
The top 16 will go to the next stage.
Stage 6
Top 16
(31 Dec 2021)
16 teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
The top 8 will go to the next stage.
Stage 7
Quarter-finals
(7 Jan 2022)
8 Teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
The top 4 will go to the semi-finals.
Stage 8
Semi-finals
(7 Jan 2022)
4 Teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
The top 2 will go to the Grand Finals.
2 losing teams from the semi-finals will be competing in BO3 in 6-ban match for 3rd and 4th place.
Stage 8
Grand Finals
(8 Jan 2022)
2 Teams will be competing in BO3 in 6-ban match.
Sumber: ESI

Team Caracal berharap ada peluang untuk mereka ke qualifier melalui MEC

Seperti yang sedia tahu, Team Caracal terdiri daripada bekas pemain RSG, Team Bosskurr & Orange Esports yang terdiri daripada Leixia, LinkEzaa, Lolealz, Zaraki, Aim, Neo & jurulatih mereka, Kuja

Semua peminat berharap agar mereka dapat masuk ke MPL MY S9 bersama dengan pasukan yang dibina sendiri oleh mereka iaitu Caracal. Ini merupakan langkah yang agak bahaya diambil oleh mereka dengan menubuhkan pasukan baru kerana mereka harus bermula semula di pusingan kelayakan.

Sumber: Team Caracal
Sumber: Team Caracal @ Aim

Tetapi seperti apa yang pernah diberitahu oleh Rush, mereka memang mahu menubuhkan pasukan sendiri. Kuja juga ada mengatakan yang mereka di Caracal menganggap bahawa pasukan beliau sama seperti pasukan semi pro league yang lain di mana mereka semua bermula dari bawah. 

Antara pasukan semi pro league yang disebut oleh Kuja adalah Richie Esport, Lunatix, On Air Esports, Dragonica, Madness E-Sports, MAB Esports, Miracle Gaming & Team Haq Esports Club. Ada banyak lagi pasukan semi pro league, tetapi itu antara nama yang diingati.

Bukan mudah untuk bermula dari bawah tetapi Team Caracal mempunyai kelebihan dari segi pemain. Mereka semua merupakan pemain profesional MLBB yang pernah mengisi roster pasukan-pasukan hebat. Dan percaya kepada rezeki, itu yang lebih utama.

Ke mana hala tuju Mom & Team Bosskurr selepas Neo, Aim & Kuja tidak lagi bersama mereka?

Persoalan ini menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi apabila Neo, Aim & Kuja tidak lagi bersama dengan Team Bosskurr. Adakah Team Bosskurr akan memperbaharui roster mereka atau ada organisasi e-sukan yang lain yang akan mengambil slot mereka? Pertanyaan ini banyak ditujukan kepada Kuja & Kuja ada membalas komen tersebut dengan berkata “Move on”.

Sumber: Kuja

Sehingga kini, Mom juga tidak bercakap apa-apa mengenai pasukan beliau. Mom telah pun diserap masuk ke dalam Team Bosskurr pada musim yang lepas selepas beliau meninggalkan RSG. Kini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan sertai Red Esports untuk bermain semula di pusingan kelayakan terbuka.

Sejauh mana khabar angin ini masih belum dapat dipastikan. MPL akan membuat musim transfer window mereka menjelang MPL MY S9. Mesti akan ada banyak kejutan yang berlaku.

Sumber: Mom ML
Sumber: Team Bosskurr

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *