MEMUAT

Taip untuk mencari

SEA EC 2021: Geek Fam, 4Rivals Alliance wakil Malaysia di SEA EC

atq_hyprgame
Kongsi

Lengkap! 20 pasukan PUBG Mobile Asia Tenggara akan mewakili wilayah mereka di SEA EC 2021 untuk mengangkat piala pertama SEA EC. Terdapat 10 wilayah Asia Tenggara yang akan menghantar 2 pasukan di kejohanan tersebut. 

SEA EC 2021 merupakan kejohanan rasmi pertama yang diadakan oleh Vietnam. Vietnam Recreational eSports Association (VIRESA) & VNG Corporation merupakan penganjur utama bagi kejohanan ini. 

Sumber: SEA EC

Tujuan SEA EC 2021 diadakan adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet e-sukan mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA ke-31 yang dianjurkan oleh Vietnam. Acara utama Sukan SEA ke-31 akan diadakan pada 12 Mei 2022 sehingga 23 Mei 2022.

Kumpulan hadiah yang ditawarkan oleh SEA EC 2021 adalah sebanyak $141,600 USD (kira-kira RM 600,000). Bagi PUBG Mobile, kumpulan hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak $60,000 USD (kira-kira RM 250,890).

Berikut merupakan senarai lengkap 20 pasukan dari 10 wilayah Asia Tenggara:

NegaraPasukan
MalaysiaGeek Fam, 4Rivals Alliance
IndonesiaRRQ, Bonafide
VietnamD’Xavier, Eagle Esport
SingapuraFarang SG, Mugen
LaosADDFRIEND, Nine Esports
BruneiBuah Gaming, Auto Too Soon
MyanmarVangon Galacticos, Genesis Esports
CambodiaOrange Play, Angkor PUBG
ThailandFaZe Clan, The Infinity
FilipinaBeta Sentinel, M42 Esports
Sumber: SEA EC 2021
Sumber: SEA EC 2021

Berikut merupakan pembahagian kumpulan hadiah $60,000 bagi kategori PUBG Mobile:

KedudukanUSD
Juara$11,000
Tempat Kedua$8,000
Tempat Ketiga$6,000
Tempat Keempat$4,000
Tempat 5-8$2,000
Tempat 9-20$1,000
AnugerahUSD
MVP Kejohanan$1,000
Gunslinger$1,000
Sumber: Liquipedia
Sumber: SEA EC 2021
Sumber: SEA EC 2021

SEA EC 2021 akan mula membuka acara mereka pada 2 Januari 2022. Bagi PUBG Mobile, 20 pasukan yang mewakili wilayah mereka akan melalui peringkat saringan pada 3 Januari 2022 sehingga 5 Januari 2022.

4 pasukan terbawah akan tersingkir manakala 16 pasukan teratas akan berentap di peringkat akhir yang akan bermula pada 7 Januari 2022 sehingga 9 Januari 2022.

Di peringkat saringan, kesemua 20 pasukan akan bermain 4 pusingan dengan jumlah pusingan sebanyak 12 sepanjang 3 hari ia berlangsung. Bagi peringkat akhir pula, 16 pasukan terbaik akan bermain 5 pusingan sepanjang 3 hari dengan jumlah pusingan sebanyak 15.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang SEA eSports Championship 2021 (SEA EC 2021) yang akan buka arena mereka pada 2 Januari 2022 ini, boleh ikuti laman rasmi Facebook SEA Esports Championship

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *