MEMUAT

Taip untuk mencari

PMGC 2021: Ulang sejarah, Nova Esports terlepas Super Weekend

atq_hyprgame
Kongsi

Mengejutkan apabila pencabar utama PMGC 2021 dari China iaitu Nova Esports gagal untuk mara ke Minggu 2: Super Weekend selepas menamatkan Weekday di kedudukan ke-17

Dalam power ranking, Nova Esports merupakan salah satu pencabar utama Liga Timur yang mampu menjadi 9 pasukan terbaik untuk mara ke Grand Finals PMGC 2021. 

Seperti sebelum ini, Nova Esports pernah juga tertinggal satu Super Weekend ketika di PMGC S0 di mana mereka terlepas untuk Super Weekend Minggu 3. 

Tetapi, Nova berjaya buktikan bahawa mereka mampu meraih kejuaraan PMGC S0 walaupun terlepas satu Super Weekend. Nova memang sangat konsisten di PMGC S0. Firepower & survival skill yang sangat tinggi!

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Adakah dengan ketidakmaraan Nova di Super Weekend kali ini memberi peluang buat pasukan lain mengejar mata mereka? 

Setakat Minggu 1: Super Weekend berlangsung, Nova berjaya mengumpul sebanyak 126 mata di kedudukan ke-4

Tidak dapat dinafikan, mata kesemua pasukan memang sangat rapat. Jadi, dengan ketidakmaraan Nova di Super Weekend pada kali ini akan memberi kelebihan besar buat pasukan yang berada di bawah mereka seperti:

  • Team Secret (125 mata) 
  • R8T (124  mata)
  • GD GIDS (123 mata)
  • RC (122 mata)
  • DE (122 mata). 
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Melihat dari permainan yang diberikan oleh pasukan R8T di Minggu 1: Super Weekend, tidak mustahil pasukan itu mampu memotong kedudukan Nova Esports.

Sedikit bahaya untuk Nova kerana pada kali ini, hanya 9 pasukan sahaja yang akan mara ke Grand Finals PMGC 2021. Sangat sengit! Satu kesilapan boleh sekat kemaraan mereka ke peringkat akhir. 

3 minggu Super Weekend yang berlangsung akan menentukan 16 pasukan terbaik yang akan mara ke League Finals. 

Masih ada peluang untuk semua pasukan memberikan yang terbaik. Dan Mengenali Nova Esports, mereka memiliki kelebihan dan momentum yang tersendiri. 

Comeback stronger, Nova Esports!

Team Secret & 4Rivals Alliance kekalkan momentum mereka, berjaya ke Super Weekend!

Pasukan Malaysia membuktikan bahawa mereka memang pencabar terkuat di PMGC pada kali ini. Konsistensi & momentum pasukan Malaysia semakin hari, semakin baik.

Berjaya mara ke Super Weekend dua minggu berturut-turut akan meningkatkan lagi peratusan mereka untuk berada dalam kalangan 9 pasukan terbaik untuk ke Grand Finals PMGC 2021.

Minggu Kedua: Hari Pertama Super Weekend Liga Timur akan berlangsung pada 10 Disember, pada pukul 7pm di laman Youtube rasmi PUBG Mobile Esports. Terdapat 18 siaran lokal yang akan bersiaran langsung. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *