MEMUAT

Taip untuk mencari

Saya bukan sekadar jurulatih – Mushi

Kongsi
Saya bukan sekadar jurulatih - Mushi

Chai Yee Fung atau lebih dikenali sebagai Mushi, beliau merupakan jurulatih pasukan Boom Esport yang akan mengharungi musim baharu DPC 2022 pada tahun hadapan.

Mushi merupakan salah satu pemain yang mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang kompetitif Dota. Beliau memulakan karier pertamanya semasa berumur 16 tahun yang bermain DotA Allstars – Warcraft Orginal dan selepas itu beliau bermain Dota 2 dibawah naungan Orange Esports pada tahun 2011. Beliau fokus menjadi pemain untuk bertahun lamanya sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk menjadi jurulatih sepenuh masa pada tahun ini, 2021.

Sebagai salah seorang tokoh paling senior dalam kancah Dota 2 Asia Tenggara, Mushi telah berkongsi pengalaman baharunya sebagai jurulatih Dota2 sepenuh masa. Beliau benar-benar mula meminati menjadi jurulatih sepenuh masa pada awal tahun 2021. Sebelum ini, beliau masih berminat untuk menjadi pemain kompetitif sehinggalah beliau merasakan sendiri pengalaman menjadi jurulatih.

Selepas offseason TI10, Mushi telah menerima tawaran daripada pelbagai organisasi untuk bermain dalam musim DPC 2022 akan datang, namun kesemua tawaran telah ditolak oleh Mushi.

Ketika itulah Mushi didekati oleh Timothy John Randrup “Tims” dan Rolen Andrei Gabriel Ong “Skem”, berkali-kali mereka meminta Mushi untuk menjadi jurulatih mereka dibawah naungan BOOM Esport.

Kini Mushi bukan menikmati menjadi jurulatih, malah beliau juga merasakan cabaran baharu yang sesuai dengan jiwanya semasa menjadi jurulatih sepenuh masa. Mushi juga lebih merapatkan diri dengan pemainnya.

Mushi berkata “semasa saya mengajar, saya tak melihatkan diri saya sebagai jurulatih dan mereka hanya sekadar pemain”. Tambahnya lagi “Saya melihat kami lebih daripada kawan dan berada di level yang sama, dan itu membolehkan semua orang untuk mengutarakan pendapat”.

Walau bagaimanapun, Mushi tidak meletakkan sebarang harapan pada dirinya atau pasukannya di dalam mana-mana kejohanan. Sebaliknya, beliau ingin pemainnya belajar sesuatu tidak kiralah menang atau kalah, beliau akan duduk bersama pemain dan membincangkan tentang perlawanan itu. 

Informasi ini sedikit sebanyak diambil dari laman rasmi One Esport. Kami di Hyprgame akan berikan informasi lanjut tentang transfer news dari masa ke semasa.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *