MEMUAT

Taip untuk mencari

Logo kejohanan Dota 2 unsur komunis ?

Kongsi
Logo kejohanan Dota 2 unsur komunis ?

Pembangun Dota 2 Valve telah mengarahkan pihak penganjur Epic Esport untuk menukar logo kejohanan mereka yang dibuat untuk Eastern Europe Dota Pro Circuit yang mempunyai ciri-ciri simbolisme komunis.

Logo yang dibuat oleh pihak penganjur sebelum ini mempunyai wajah hero Pudge di dalam bintang merah dan mempunyai jalur api di latar belakangnya. Logo berikutan menyerupai logo yang digunakan oleh Vladimir Lenin yang digunakan bagi The All-Union Pioneer Organization.

Credit : Dexerto.com

Walau bagaimanapun, pihak Epic Esport telah mengambil tindakan untuk menukar logo terbabit sejurus di tegur oleh pihak Valve. Valve telah mengarahkan perkara itu selepas mengetahui logo terbabit melanggar undang-undang Ukraine dan tidak mahu perkara itu menjadi lebih besar. Pihak Epic Esport juga telah memohon maaf atas kejadian itu dan telah membuat kenyataan rasmi di halaman Twitter rasmi mereka.

Bagi semua kejohanan Eastern Europe Dota Pro Circuit kini telah menggunakan logo asas yang digunakan oleh Epic Esport. Pihak Epic Esport masih lagi tidak mengumumkan sama ada pihak mereka ingin membuat logo baharu atau kekal menggunakan logo asas ini sepanjang tempoh kejohanan ini berlangsung.

Kejohanan ini menampilkan pasukan terbaik di Eropah Timur yang bersaing dalam format liga, di mana pasukan teratas akan layak ke Dota 2 Major pertama musim ini, dan memperoleh mata berharga yang akan digunakan untuk melayakkan diri ke The International 11 tahun depan.

Credit to : dexerto.com

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *