Pasukan Secret telah menduduki tempat ke 4 di dalam carta Pubg Mobile World, sepanjang karier pasukan itu di dalam scene Pubg Mobile Pros. Mereka telah memperoleh sebanyak 684 mata daripada kejohanan-kejohanan rasmi yang dianjurkan oleh Tencent.
Pasukan Secret bukan sahaja sekadar pasukan yang terkenal di tanah air, malah mereka juga dipandang tinggi oleh pasukan-pasukan di seluruh dunia. Sekarang pasukan Secret sedang bertanding di kejohanan PMGC 2021 dan mereka sedang giat berusaha untuk memegang gelaran Juara Dunia pada tahun ini.
Di sini kami sertakan 5 buah pasukan yang merupakan pasukan yang telah beraksi dengan sangat baik sepanjang tahun 2021.
Top 5 pasukan Pubg Mobile di dunia :
1) Alpha 7 Esports
2) Nova Esports
3) Natus Vincere
4) Team Secret
5) Faze Clan
Pencapaian :
#1 Pasukan Alpha 7 Esport
Pasukan yang berasal daripada Brazil ini telah memperolehi banyak kecemerlangan dalam arena kompetitif Brazil dan Americas. Bukan itu sahaja, menurut Liquipedia pasukan ini juga telah mendapatkan 7 kali juara secara berterusan di dalam kejohanan rasmi.
Barisan pemain mereka adalah :
#2 Pasukan Nova Esports
Pasukan ini merupakan pasukan yang menduduki tempat pertama di dalam carta Pubg Mobile World 2020. Mereka juga merupakan pasukan yang memberikan saingan yang sengit di dalam mana-mana kejohanan rasmi dan sangat konsisten dalam setiap kejohanan.
Barisan pemain mereka adalah :
Pencapaian :
#3 Pasukan Natus Vincere
Tumbuhnya pasukan Navi selepas organisasi itu telah mengambil alih pasukan daripada Ukraine yang dikenali sebagai KerchNET. Pasukan ini juga kerap muncul dalam kejohanan besar dan telah memberikan kejutan dan cara permainan yang berbeza di setiap kejohanan. Mereka merupakan juara bagi kejohanan PMPL Europe musim ke 1, dan membawa pulang sebanyak $40,000 USD.
Barisan pemain Natus Vincere :
Pencapaian :
#4 Team Secret
Pasukan Secret merupakan pasukan yang sangat konsisten dalam setiap kejohanan yang dimainkan. Mereka juga turut mendapatkan gelaran Juara di kejohanan PMPL SEA musim ke 4 tahun ini, dan bukan itu sahaja sepanjang PMPL MY/SG musim ke 4 mereka berjaya mendapat tempat ke 2 di liga dan juga di Grand Final.
Barisan pemain pasukan Secret adalah :
Pencapaian :
#5 Faze Clan
Faze Clan merupakan pasukan Thailand yang telah memberikan permainan yang cukup menarik, mereka juga mempunyai pemain yang sangat berpengalaman di dalam barisan pemain mereka untuk kali ini. Pasukan Faze Clan telah berjaya menjadi juara Liga di kejohanan PMPL SEA musim ke 4, tahun ini.
Barisan pemain Faze Clan :
Pencapaian :
Ini adalah 5 pasukan terbaik di dalam Dunia Pubg Mobile untuk setakat ini. Mempunyai wakil tanah air berada di Top 5 cukuplah membanggakan nama negara. Carta ini mungkin akan digubal selepas tamatnya PMGC 2021 yang sedang berlangsung dan pasukan tanah air berpeluang untuk menduduki tempat pertama di dalam carta Pubg Mobile World Ranking.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!