Clutch Guerilla telah mengumumkan barisan pemain utama PUBG Mobile mereka yang merupakan bekas pemain-pemain Farang Guerilla. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Clutch Guerilla melalui Instagram milik mereka.
Sebelum ini, Guerilla merupakan barisan pemain TheFarang Esports yang telah berjaya mendapatkan tempat di kejohanan PMPL MY/SG/PH musim ke 5. Pada 13 Februari lalu, TheFarang Esports telah mengumumkan perpisahan barisan pemain Guerilla daripada naungan mereka selepas 2 tahun mereka bersama.
Pemain pasukan Clutch Guerilla diwakili oleh :
Guerilla kini secara rasminya telah diambil alih oleh organisasi Singapura dan bakal mewakili mereka di kejohanan PMPL musim ke 5. Tahniah buat ke enam-enam pemain yang akan berentap bersama beberapa pasukan yang lain bagi merebut gelaran juara pada musim ini.
Apakah Clutch Guerilla mampu untuk memberi saingan kepada barisan pemain utama Farang Lejund yang merupakan bekas pasukan senior mereka?. Sama-sama kita nantikan persembahan yang akan ditunjukkan serta semangat yang baharu yang akan dibawa oleh Clutch Guerilla nanti !
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!