MEMUAT

Taip untuk mencari

Siapa gerangan pemain ke 6 Team Secret ?

Kongsi
Siapa gerangan pemain ke 6 Team Secret ?

Selepas ketiadaan Muhammad Izzrudin Bin Hasim “Jumper” di dalam barisan pemain pasukan Secret, ini membuatkan peminat tertanya-tanya siapakah pemain ke 6 yang akan menggantikan kekosongan itu.

Pasukan Secret merupakan pasukan yang telah memasuki kejohanan dunia (PMGC) dua kali berturut dan merupakan salah satu pasukan terkuat antara pasukan-pasukan di tanah air. Pasukan Secret juga merupakan juara bagi PUBG Mobile Pro League SEA musim ke 4 dan 2 kali muncul juara di PMPL MY/SG pada 2020.

Buat masa sekarang, pasukan Secret hanya mempunyai empat pemain utama iaitu iShotz, MADTOI, Fredo, Kid dan Y2K sebagai pemain simpanan. Oleh kerana tiada pengumuman pemain yang ke 6, Y2K selaku penganalisis pasukan Secret bertindak untuk menjadi pemain simpanan untuk seketika.

Sumber : IG TeamSecret

Terdapat juga spekulasi berkenaan bocah ajaib yang dikenali sebagai AdikLuq yang bakal menyertai pasukan Secret, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan itu. Sebelum ini, pasukan Secret juga mempunyai bocah ajaib “uHigh” sebelum dia bermain di pasukan Bigetron Red Aliens di Indonesia.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh DinJumper yang memegang role sebagai CO-IGL memungkinkan pemain ke 6 yang akan datang juga mempunyai pengalaman sebagai seorang IGL. Siapakah gelaran yang bakal melengkapi pasukan Secret untuk musim PMPL MY/SG/PH kali ini?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya