MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain KHI Esports digantung selama seminggu

Kongsi
Pemain KHI Esports digantung selama seminggu

PUBG Mobile Esport Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkenaan sekatan yang diberikan terhadap salah seorang daripada pemain pasukan KHI Esports yang mewakili negaranya Filipina. 

Perkara itu telah menjadi tular selepas KHI Rankid telah menerbitkan maklumat khas tanpa mendapatkan sebarang kebenaran daripada pihak penganjur. Mengikut peraturan rasmi 2022 PUBG Mobile Pro League MYSGMY Spring, KHI Rankid akan di banned selama seminggu daripada menyertai liga PMPL MYSGPH daripada 28 Mac hingga 3 April 2022.

Sebelum ini, pemain daripada organisasi KHI Esports telah beberapa kali mencemarkan nama mereka sendiri dengan menunjukkan sikap yang kurang enak terhadap organisasi esport Malaysia. Bukan itu sahaja, pihak KHI Esports juga telah dilarang untuk bermain di SSS (ScrimSajaSaja) yang di hostkan oleh OTG & Maira untuk selama-lamanya.

Walau bagaimanapun, netizen Malaysia amat berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berwajib ke atas organisasi/pemain pasukan itu selepas mereka beberapa kali telah mencabar mahupun memburukkan pemain/liga esport Malaysia.

Pasukan KHI Esports tidak beberapa meyakinkan di Liga PMPL MYSGPH, dan prestasi mereka yang kurang menyerlah telah membuatkan pasukan itu dikecam hebat oleh netizen Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya