MEMUAT

Taip untuk mencari

PMGC 2021: Ramalan Minggu 1: Super Weekend Liga Timur

atq_hyprgame
Kongsi

Minggu Pertama Super Weekend Liga Timur akan membawa 16 pasukan terbaik di Weekday untuk merebut tempat di liga akhir & 9 pasukan terbaik ke peringkat akhir PMGC. 

PMGC 2021 bukan sahaja mempersiapkan kumpulan hadiah di peringkat akhir & anugerah individu, tetapi juga untuk peringkat liga. 

Sumber: PUBG Mobile Esports

Berikut merupakan pecahan kumpulan hadiah bagi peringkat liga dan peringkat akhir:

  • Finals: 1st – $ 1,500,000 | 2nd – $ 600,000 | 3rd – $ 300,000
  • Liga: 1st – $ 362,500 | 2nd – $ 145,000 | 3rd – $ 72,500

Inilah 16 pasukan terbaik di Weekday yang akan mara ke Minggu Pertama Super Weekend Liga Timur: 

NegaraPasukan
China TJB
Nova Esports
SZ STE
MalaysiaTeam Secret
4Rivals
IndonesiaGD GIDS
ThailandThe Infinity
MS Chonburi
VietnamD’Xavier
MongoliaStalwart Esports
IraqNigma Galaxy
MoroccoCryptics
JepunReject (RC)
Saudi ArabiaR8T
NepalDRS
DE

Ramalan & jangkaan di Minggu Pertama Super Weekend Liga Timur

Pembukaan PMGC 2021 menunjukkan bahawa mana-mana pasukan boleh mendominasi arena. 

Sepanjang 2 hari Weekday berlangsung, sukar untuk menjangka pasukan mana yang menguasai permainan dengan lebih kerana Weekday merupakan tempat pengumpulan mata untuk ke Super  Weekend. 

Jadi, rata-rata dari mereka mungkin masih belum menunjukkan corak permainan yang sebenar ketika di Weekday seperti pasukan The Infinity & Team Secret. 

  1. Stalwart Esports, TJB, NGX & RC 

4 pasukan ini merupakan pasukan yang paling konsisten sepanjang Minggu Pertama Weekday. Ada daripada mereka yang bermain 3,4 & 5 pusingan secara bergilir-gilir. 

Tetapi mengejutkan untuk melihat pasukan dari Mongolia, Stalwart Esports. Walaupun di hari pertama Weekday mereka hanya bermain sebanyak 3 pusingan, pasukan itu berjaya tamatkan permainan di kedudukan ke-5 secara keseluruhan dengan 1 Chicken Dinner.

Stalwart Esports, satu-satunya pasukan yang mencecah 118 mata telah membuktikan bahawa konsistensi adalah punca utama mereka berada di kedudukan yang selesa. 

Sumber: PUBG Mobile Esports
Sumber: PUBG Mobile Esports

Bagi pasukan dari China dan Iraq, TJB & NGX, susah untuk melihat pasukan ini terkeluar awal dari permainan. NGX salah satu pasukan yang tidak boleh dipandang rendah. Sudah pun menunjukkan taring di Weekday, NGX mampu beri lebih lagi di Super Weekend.

Untuk TJB pula, mereka mempunyai peluang yang sangat besar untuk mendominasi Liga Timur. Menjadi pasukan kedua yang mendapatkan 2 Chicken Dinner di Weekday, TJB antara pencabar utama di Super Weekend. 

Sumber: PUBG Mobile Esports
Sumber: PUBG Mobile Esports

Pasukan Jepun, Reject (RC) yang pada awalnya hanya mengumpul 21 mata kerana mereka hanya bermain sebanyak 3 pusingan di Hari Pertama Weekday. Selepas bermain dengan baki 5 pusingan di Hari Kedua, RC berjaya menduduki tempat ke-4 di Weekday. 

Di Hari Kedua Weekday, RC memang menunjukkan performa yang konsisten apabila mereka berjaya dapatkan Chicken Dinner. 

  1. Nova Esports & Six To Eight (STE) 

Bercakap tentang pasukan China, tentunya pasukan ini antara pencabar terkuat di Liga Timur dengan cara permainan di PEL yang telah mereka bawa masuk di PMGC 2021. 

Sama seperti TJB, 2 pasukan China ini iaitu Nova Esports & Six to Eight (STE) mempunyai semua kelebihan yang arena PMGC 2021 mahukan. Walaupun mereka harus bertukar dari FPP ke TPP, pasukan dari China ini masih mampu mengawal permainan dengan baik. 

Jika dilihatkan dalam permainan, sukar untuk melihatkan pasukan China keluar awal dari permainan tanpa sebarang mata singkir. 

Sumber: PUBG Mobile Esports
Sumber: PUBG Mobile Esports

Pemain dari Nova Esports, NV Jimmy telah pun menunjukkan permainan yang bertaraf dunia apabila beliau meratakan pasukan The Infinity dengan menggunakan Beryl Scope 4. Itu antara highlights yang paling berkualiti sepanjang Minggu Pertama Weekday berlangsung. 

Bagi STE pula, rata-rata dari komuniti PUBG Mobile tidak begitu hairan dengan pasukan China ini. Telah menjuarai Peacekeeper Elite League S4, mereka tidak akan terlepas dari menjadi pencabar utama Liga Timur. 

Sebenarnya dalam PMGC 2021 kali ini, ekspetasi terhadap pasukan China memang sangat tinggi kerana mereka merupakan pasukan PUBG Mobile terbaik dunia yang mempunyai kemahiran yang lebih dari pasukan-pasukan PUBG Mobile yang lain.

Telah pun menerapkan permainan yang agresif di kejohanan Peacekeeper Elite League, sepertinya mudah untuk pasukan China membaca strategi dan corak permainan pasukan lain.

  1. MS Chonburi 

Ramalan untuk PMGC 2021 kali ini, pasukan Thailand, MS Chonburi merupakan pasukan yang boleh memberi kejutan di Super Weekend nanti. 

Dalam 10 pasukan terbaik di kedudukan keseluruhan Minggu Pertama Weekday, MS Chonburi adalah pasukan kelima yang mengumpul mata kedudukan yang paling tinggi iaitu sebanyak 44 mata. 

44 mata itu menunjukkan bahawa mereka berjaya kekalkan konsistensi di dalam permainan walaupun tidak mendominasi mata singkir yang banyak. Kekalkan kedudukan di dalam permainan juga penting selain fokus kepada farming. 

Sumber: PUBG Mobile Esports

Ramalan yang dibuat tidak melibatkan kesemua 16 pasukan yang akan berentap di Super Weekend Liga Timur kerana kami di Hyprgame hanya memberi penekanan buat pasukan yang kurang menonjol tapi mampu untuk dapatkan kedudukan 16 terbaik.

Juga, terdapat juga pasukan yang dikatakan ‘underdog’ seperti MS Chonburi & Reject (RC). Tetapi, mereka buktikan konsistensi & kelebihan mereka di Weekday.

Dalam permainan battle royale PUBG Mobile, Super Weekend merupakan tempat di mana semua corak permainan, strategi & cara pasukan membuat rotasi akan berubah. Pasti akan ada kejutan yang berlaku.

Semua pasukan akan lebih berhati-hati di peringkat Super Weekend kerana liga akan dimainkan selama 3 minggu. Jika terlalu mendominasi atau mengeluarkan semua strategi, ia akan jadi lebih berbahaya.

Adakah kita akan lihat meta baru, strategi & permainan yang lebih agresif oleh 16 pasukan ini?

Minggu Pertama: Hari Pertama Super Weekend Liga Timur akan berlangsung pada hari ini, pada pukul 7pm di laman Youtube rasmi PUBG Mobile Esports. Terdapat 18 siaran lokal yang akan bersiaran langsung.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *