MEMUAT

Taip untuk mencari

PMGC 2021: India dapat slot jemputan ke PMGC, mungkin juara BGIS

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum ini ramai tertanya-tanya pasukan manakah yang akan mendapatkan slot jemputan di Grand Finals PMGC 2021. 

Kini, pihak penganjur telah pun mengumumkan bahawa India merupakan negara yang akan dijemput terus ke Grand Finals.  

Berkemungkinan slot itu akan diisi oleh pasukan India yang menjuarai Battlegrounds India Series (BGIS) 2021 yang akan berlangsung pada 13 Januari sehingga 16 Januari 2022

Sumber: Battlegrounds Mobile India

Berikut merupakan Jadual lengkap bagi BGIS 2021: 

PusinganJadualBilangan Pasukan
In-game Qualifiers4 Disember 2021 – 8 Disember 2021Terbuka untuk semua
Online Qualifiers16 Disember 2021 – 30 Disember 20211024
Quarter-Finals2 Januari 2022 – 5 Januari 202264
Semi-Finals7 Januari 2022 – 10 Januari 202224
Grand Finals13 Januari 2022 – 16 Januari 202216

Kenapa pasukan India dapat slot jemputan terus ke Grand Finals PMGC 2021? 

Seperti yang semua tahu, pihak penganjur berhak untuk memberikan slot kepada mana-mana pasukan sahaja. Tidak ambil kira sama ada keputusan itu adil atau tidak. 

Rata-rata dari komuniti PUBG Mobile memberi pendapat bahawa slot jemputan terus ke Grand Finals PMGC 2021 bukanlah idea yang bagus. Lebih baik jika India dapatkan slot di peringkat Liga Grand Finals.

Sumber: PUBG Mobile Esports

Mungkin salah satu sebab kenapa slot jemputan itu diberi kepada India adalah kerana pihak penganjur mahu meningkatkan lagi jumlah tontonan PMGC pada tahun ini. 

India merupakan negara yang besar dan PUBG Mobile sangat terkenal di sana sejak ianya dilancarkan. Menurut The Week, India telah merekodkan sebanyak 50 juta pengguna aktif bulanan pada akhir 2020.

Tetapi sayangnya, PUBG Mobile telah pun disekat oleh kerajaan India secara menyeluruh pada tahun 2020 disebabkan oleh faktor sekuriti & privasi. 

Pengarah PUBG Mobile, Tencent berharap untuk melihat India sertai semula ekosistem global

Kini, India telah membuat kedatangan semula dalam arena PUBG Mobile dengan mengadakan kejohanan Battlegrounds India Series (BGIS) 2021.

Rata-rata dari komuniti PUBG Mobile di India mahu melihat pasukan itu berada di pentas dunia, PMGC 2021. Dan pihak Tencent telah pun mengumumkan bahawa slot jemputan PMGC kali ini akan diisi oleh India. 

Dot Esports ada memberi informasi lanjut tentang pihak Tencent mahukan India kembali dalam ekosistem global khususnya scene kompetitif PUBG Mobile — Tencent mahu India sertai ekosistem global

Sumber: Krafton

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *