MEMUAT

Taip untuk mencari

ESPL X HOMEBOIS Kejohanan Akademi 2021

Kongsi
ESPL X HOMEBOIS Kejohanan Akademi 2021

Kejohanan e-sukan dan platform penyediaanya Esports Players League (ESPL) telah bekerjasama dengan organisasi e-sukan Malaysia HomeBois.

Kerjasama tersebut menjanjikan kedua-dua pihak yang akan bekerjasama dalam menganjurkan Kejohanan Akademi MLBB yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Disember, tahun ini.

The Academy Championship akan membuka pendaftaran pada 1 Disember dan hanya pemain 16 tahun ke atas, bewarnegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk turut serta dalam kejohanan ini. Pusingan kelayakan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke liga. Butiran untuk wang hadiah terkumpul tidak didedahkan lagi.

Credit : ESPL.GG

Tuan Azrin Izzuddin ‘Avaaa’ Tuan Abu Bakar, Pengarah Projek di HomeBois, bercakap mengenai perkongsian itu: “Ini benar-benar berita hebat dan juga selaras dengan matlamat kami dalam menyediakan platform untuk semua pemain mengasah kemahiran dan bakat mereka dalam mengejar kerjaya. sebagai pemain profesional dalam industri e-sukan.”

Menurut satu kenyataan, ‘ultimate vision’ partnership itu adalah untuk membina ‘sustainable foundation’ untuk pemain yang bercita-cita tinggi di Malaysia dan rantau sekitarnya. Bakat yang menyertai ‘The Academy’ akan dilatih dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan kreatif dan productive service.

Lau Kin Wai, Pengarah ESPL, menambah: “HomeBois sudah pun menjadi pemain besar dalam liga esport Malaysia. Kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka serta menyumbang sebanyak mungkin dalam merealisasikan visi mereka untuk menyediakan platform yang komprehensif untuk komuniti, yang sudah sejajar dengan kami.”

Esports Insider berkata: Menyokong bakat bercita-cita tinggi dalam sukan melalui kejohanan dan akademi ialah cara terbaik untuk menggalakkan kemampanan, terutamanya di kawasan seperti Malaysia di mana banyak pemain berbakat.

Sumber : EsportInsider

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *