MEMUAT

Taip untuk mencari

BGIS 2021: Hampir ke penghujung, 64 pasukan akan ke quarterfinal!

atq_hyprgame
Kongsi

Juara BGIS 2021 akan membawa pulang sebanyak ₹50,00,000 & akan dijemput terus ke Grand Finals PMGC 2021. Hanya 16 pasukan terbaik yang akan ke Grand Finals BGIS 2021.

BGIS 2021 telah memulakan kejohanan tersebut dengan in game qualifiers di mana Top 1024 pasukan akan mara ke online qualifiers. Seterusnya, ia ditapis lagi sehingga menjadi 64 pasukan di Quarterfinals, 24 pasukan di Semi Finals & 16 pasukan terbaik di Grand Finals.

Sumber: Battlegrounds Mobile India
Sumber: Battlegrounds Mobile India

Kini, kejohanan tersebut sudah hampir sampai ke penghujungnya di mana 64 pasukan akan berentap di quarterfinals untuk mendapatkan tempat 24 pasukan terbaik di semi finals. 

PusinganJadualBilangan Pasukan
In-game Qualifiers4 Disember 2021 – 8 Disember 2021Terbuka untuk semua
Online Qualifiers16 Disember 2021 – 30 Disember 20211024
Quarter-Finals2 Januari 2022 – 5 Januari 202264
Semi-Finals7 Januari 2022 – 10 Januari 202224
Grand Finals13 Januari 2022 – 16 Januari 202216

BGIS 2021 menawarkan kumpulan hadiah sebanyak ₹1,00,00,000 INR (kira-kira RM560,498) di mana juara BGIS 2021 akan mendapat sebahagian daripada kumpulan hadiah iaitu sebanyak ₹50,00,000 (kira-kira RM280,249).

Berikut adalah beberapa beberapa anugerah yang akan diberikan kepada pemain secara individu:

Anugerah$ USD₹ INRMYR
MVP$1,331₹1,00,000 RM5,604
The Lone Ranger$666₹50,000RM2,802
The Rampage Freak$666₹50,000RM2,802
The Redeemer$666₹50,000RM2,802
Sumber: Liquipedia

Berikut merupakan 64 pasukan yang berjaya mara ke quarterfinal BGIS 2021 yang akan berlangsung pada hari ini, 2 Januari:

Sumber: Battlegrounds Mobile India
Sumber: Battlegrounds Mobile India

Kenapa pasukan India dapat slot jemputan terus ke Grand Finals PMGC 2021? 

Seperti yang sedia tahu, India merupakan antara negara yang banyak memuat naik permainan battle royale seperti PUBG Mobile. Dengan adanya kejohanan BGIS 2021 ini, ia dapat memberi peluang buat pasukan India ketengahkan bakat yang mereka ada dalam battle royale.

Mungkin salah satu sebab kenapa slot jemputan itu diberi kepada India adalah kerana pihak penganjur mahu meningkatkan lagi jumlah tontonan PMGC pada tahun ini. India merupakan negara yang besar dan PUBG Mobile sangat terkenal di sana sejak ianya dilancarkan.

Menurut The Week, India telah merekodkan sebanyak 50 juta pengguna aktif bulanan pada akhir 2020.Tetapi sayangnya, PUBG Mobile telah pun disekat oleh kerajaan India secara menyeluruh pada tahun 2020 disebabkan oleh faktor sekuriti & privasi. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *