MEMUAT

Taip untuk mencari

Omega Esport di Banned dari Dota 2

Kongsi
Omega Esport di Banned dari Dota 2

Southeast Asia Dota Pro Circuit telah mengumumkan bahawa pasukan Ome Esport telah diharamkan untuk bermain di perlawanan tajaan Valve selepas didapati bersalah melakukan match fixing ketika menentang pasukan Mongolia, Lilgun.

Omega Esport tidak lagi mempunyai slot di Upper Division yang mereka miliki dari tahun lepas. Boom Esport akan mengambil slot berkenaan untuk menggantikan Omega Esport di Upper Division.

Credit : Manila Bulletin

Valve turut melarang kesemua pemain Omega Esport dari mengikuti kejohanan yang ditaja mereka untuk seumur hidup. Pemain yang disenarai hitamkan ialah Dave Hiro Miyata, Prince Niño “Prince” Poligrates, Piolo “Piolzdotes” Dela Cruz, Ryniel Keit “Zenki” Calvez, Van Jerico “Vannn” Manalaysay, dan Jurulatih mereka Chris Ian “CTY” Francis Maldo.

Sebelum kenyataan pengharaman Omega Esport di umumkan Valve, pasukan itu telah menukarkan 3 pemain mereka untuk bersama mereka di Southeast Asia Dota Pro Circuit musim hadapan. Walau bagaimanapun, tiga pemain ini telah dikecualikan oleh Valve selepas mereka didapati tidak bersalah dan tidak bersama pasukan itu ketika match fixing dilakukan.

Pasukan lain yang terjejas oleh larangan itu ialah pasukan Execration, yang baru-baru ini menambah Vannn ke dalam pasukan mereka. Larangan itu memaksa mereka mencari pemain lain dalam masa yang singkat untuk menyertai Litar Pro Dota Asia Tenggara.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *