MEMUAT

Taip untuk mencari

OG lengkapkan roster Dota 2, tampilkan pemain berusia 16 tahun

atq_hyprgame
Kongsi

‘OG Reborn’; organisasi e-sukan yang pernah mencipta sejarah Dota 2 di The International telah pun mengubah roster mereka 360°.

Kali ini, OG sememangnya melakukan perubahan roster mereka secara menyeluruh. OG juga menyatakan bahawa roster baru mereka adalah permulaan kepada ‘A New Era|OG’. 

Pada 21 November, tarikh di mana semua pasukan Dota 2 harus mengunci roster mereka untuk sertai DPC 2022, OG telah pun mengumumkan barisan rasmi pemain mereka. 

Sumber: OG Esports

Misha & Taiga ketuai roster baru OG pada kali ini

Dalam roster OG, Misha akan bertindak sebagai kapten pasukan bagi organisasi e-sukan itu. Pernah sertai Team Spirit pada 2019-2020 sebagai kapten pasukan itu, kini Misha akan memegang semula posisi itu di OG Esports. 

Ceb ada mengatakan bahawa Misha mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan sebagai rakan pasukan & kapten.

Menurut Ceb, 

“He is a very nice person and he has a very good heart. He cares about people around him and he cares so much about the game. This is a winning recipe. He is smart, talented, and willing to learn. What else can you ask? I can safely say that without him we would have not qualified for TI10. He came in, helped us clear all the confusion, helped us get much smarter about a lot of things. Misha has all it takes and I believe in him and I will be there for anything he needs to help out,”

Sumber: OG Esports

Bagi Taiga pula, beliau merupakan bekas pemain support bagi pasukan Team Liquid. Beliau juga pernah bermain untuk pasukan The Alliance.

Dalam roster terbaru OG, Taiga mempunyai pengalaman yang lebih banyak berbanding dengan 4 lagi pemain. Taiga memulakan perjalanan beliau di dalam kompetitif Dota 2 pada tahun 2017 bersama dengan Topson bagi pasukan SFTe-sports.

Menurut organisasi e-sukan itu, mereka mendengar pendapat & idea yang diberi oleh Taiga. OG merasakan bahawa Taiga memiliki kebolehan untuk membawa pasukan ini.

“After deciding that Misha was going to be the captain and position 5, we sat down with him and listened to his ideas & the players that he had in mind for the new roster. He could really see what Taiga could bring to the table. We really liked the pair of Misha and an experienced support that could help him lead and guide the younger players,”

Sumber: OG

2 pemain muda berusia 16 tahun & 20 tahun sedia lengkapkan roster OG 

OG memang benar-benar melakukan perubahan yang besar dalam roster mereka apabila organisasi e-sukan itu membawa masuk 3 pemain muda, Biziem, ATF & Yuragi. 

Rata-rata daripada peminat OG mengatakan bahawa kemasukan pemain muda mengingatkan mereka kepada Ana, bekas pemain OG yang mempunyai bakat luar biasa. 

Namun, menurut Topson, beliau mengatakan bahawa pemain muda mempunyai banyak kelebihan dari segi idea dan motivasi. Itu antara sebab kenapa Topson merasakan bahawa Biziem, pemain yang berumur 16 tahun itu memiliki potensi yang besar.  

“The younger the better. Biziem is really impressive. I got to see him last year with Creepwave and in pubs. And I think ATF is really good as well. I really like both. Young and motivated. Open to new ideas,”

Sumber: OG

Bagi ATF pula, pemain yang baru berusia 16 tahun ini telah pun mendapat perhatian ramai apabila beliau menunjukkan skil dalam bermain posisi sebagai offlaner. ATF pernah sertai DPC 2021 bersama dengan Creepwave.

Di dalam blog OG, organisasi itu mengatakan bahawa mereka memang menyimpan hasrat untuk merekrut ATF dalam roster OG sebagai offlaner. OG juga berkata bahawa ketika mereka menemu bual ATF, ATF mempunyai ciri yang sama seperti Ceb.

We see Ammar in pubs all the time. Crazy kid. Very skillful. With a little guidance, I think he is going to be fantastic. I mean, he already is. But he will be even better! Is going to be fun watching him own safelaners,”

Pemain terakhir yang akan melengkapkan roster OG pada musim ini adalah Yuragi. Pernah dikenali sebagai spAce, pemain berusia 20 tahun yang berasal dari Ukraine ini pernah bermain untuk pasukan Team Unique selama 2 tahun. 

Yuragi juga merupakan pemain yang belum lagi mendapat perhatian dalam scene kompetitif Dota 2. Tetapi beliau mempunyai beberapa pengalaman dalam kompetitif Dota 2. Pemain muda & berbakat; itu merupakan ciri-ciri yang dicari oleh OG pada kali ini.

Sumber: OG

Pada kali ini, roster OG sememangnya menunjukan perubahan 100% dalam barisan pemain mereka. N0tail, pemilik bagi pasukan OG akan bersama dengan roster itu sebagai mentor di Sunflower House, Lisbon. 

Pasukan ini akan mengikuti DPC 2021-22 bagi Eropah Barat (Western Europe) yang akan bermula pada 29 November ini.

Informasi tambahan tentang roster OG yang terkini serta pemain-pemain baru yang melengkapkan roster OG diambil sedikit sebanyak dari AFK Gaming.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *