MEMUAT

Taip untuk mencari

M3: Rasmi! Kejohanan dunia M3 akan dibuka untuk tontonan umum

atq_hyprgame
Kongsi

Tidak lama lagi untuk kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang yang dinanti-nantikan oleh semua komuniti Mobile Legends Asia Tenggara dan dunia akan dibuka.

M3 Championship akan mula membuka arena mereka pada 6 Disember sehingga 19 Disember. 16 pasukan terbaik akan merebut gelaran juara sekali gus memegang takhta sebagai pasukan Mobile Legends terbaik dunia. 

Kumpulan hadiah bagi M3 Championship adalah sebanyak $800,000 USD (kira-kira RM3,328,000) di mana juara M3 Championship bakal membawa pulang sebanyak $300,000 USD (kira-kira RM1,248,000).

Rasmi! M3 Championship akan dibuka secara umum! 

Umum mengetahui bahawa M3 Championship akan diselenggarakan secara offline di Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre. 

Namun, menerusi sidang media cabutan undi kumpulan dan informasi lanjut tentang M3 Championship, Moonton belum lagi membuat kata putus untuk membuka arena kepada umum. 

Tetapi perkara itu telah pun dipandang tinggi oleh pihak Moonton kerana objekif utama Moonton memang untuk membenarkan M3 Championship ditonton secara umum. 

Semalam, MPL Singapore telah pun mengumumkan bahawa M3 Championship kini rasmi akan membuka arena untuk tontonan umum! 

Sumber: MPL Singapore

Pembelian tiket atau informasi lanjut tentang cara untuk menonton M3 Championship secara langsung dari Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre masih belum diberitahu. 

Pasti akan ada beberapa peraturan ketat sebelum pihak Moonton membenarkan jualan tiket M3 Championship dibuka.

Singapura juga menjadi salah satu negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi. Jadi, tentu ada beberapa peraturan yang harus dipatuhi oleh individu yang ingin hadir secara langsung di kejohanan dunia itu. 

Menurut MPL Singapore, akan ada informasi lanjut yang akan diberitahu oleh pihak Moonton. Untuk terus mengikuti informasi dan kemaskini terbaru Mobile Legends, boleh ke laman rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *