MEMUAT

Taip untuk mencari

Team Secret tunjuk belang pada hari pertama

Kongsi
Team Secret tunjuk belang pada hari pertama

Akhirnya! Pasukan Secret berjaya untuk meraih tempat ke 2 di hari pertama Grand Final PMPL SEA semalam. Mereka yang sebelum ini kurang menyerlah di liga PMPL SEA. Berikutan dengan persembahan yang ditunjukkan mereka semalam sangat menakjubkan dan berjaya mendapatkan winner winner chicken dinner.

Pasukan Secret yang dianggotai oleh Ishotz, Fredo, Jumper , Kid dan Madtoi sebagai kapten mereka. Walaupun sebelum ini mereka menerima pelbagai kecaman daripada netizen berkenaan prestasi mereka di Liga PMPL SEA akhirnya mereka menonjol di Grand Final SEA.

Di pusingan pertama mereka terkeluar awal di tempat yang ke 13 dan hanya berjaya mendapatkan 1 mata penyingkiran. Tetapi pasukan bangkit di pusingan yang kedua, mereka mendapat chicken dinner dengan 17 mata penyingkiran selepas mereka meratakan 4Rivals dan juga MSC di saat-saat akhir.

Credit : Team Secret FB

Di pusingan yang ketiga mereka gagal untuk mendapatkan mata kedudukan dan mata penyingkiran, mereka terkeluar awal di tempat ke 16 dengan 1 mata penyingkiran. Di pusingan ke 3 mereka berjaya mendapatkan tempat ke 3 dengan 12 mata penyingkiran.

Pusingan terakhir pasukan Secret mendapatkan 7 mata penyingkiran dan terkeluar di tempat yang ke 3. Dengan tiga pusingan mereka berjaya memperolehi mata yang agak tinggi dan meletakkan pasukan Secret di tempat yang ke 2.

Pasukan Secret telah menunjukkan taringnya, dan ini mungkin secret startegy yang mereka simpan untuk menonjol di pusingan Grand Final PMPL SEA. Semoga mereka terus konsisten dengan pengumpulan poin dan meraih title juara PMPL SEA musim ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya