MEMUAT

Taip untuk mencari

MPLI 2021: Epik! LeoMurphy buli RBG guna meta roam Natalia

atq_hyprgame
Kongsi

Akhirnya! Pasukan terkuat Indonesia, Alter Ego tidak mengecewakan peminat mereka apabila pasukan ini berjaya ke quarterfinal setelah menewaskan Rebellion Genflix. 

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Jika Alter Ego dilihatkan memberi persaingan yang sangat hebat ketika menentang pasukan Malaysia, Orange Esports, mereka tetap mengekalkan momentum yang sama pada bracket kali ini. 

Skill mekanik yang tinggi dimiliki oleh pasukan Alter Ego membuatkan mereka antara pencabar terkuat. Dengan performa yang ditunjukkan, tidak mustahil buat pasukan ini mengekalkan kejuaraan mereka di MPLI 2021. 

Sumber: ONE Esports

Berikut merupakan statistik semasa bagi pasukan Alter Ego dan Rebellion Genflix:

Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports
Sumber: ONE Esports

Meta roam Natalia LeoMurphy buli semua pasukan Rebellion Genflix

Wow! Pemilihan hero Natalia yang pertama di MPLI 2021 oleh pasukan Alter Ego memberikan mereka kemenangan di perlawanan pertama. 

LeoMurphy dan Celiboy seperti biasa, mereka tidak habis-habis memberikan performa yang luar biasa. Penggunaan Natalia sebagai roamer membuatkan pasukan RBG kelihatan sedikit goyah. 

Sumber: ONE Esports

Walaupun Jungler (Jiisaa) pasukan Rebellion Genflix memilih hero Ling, Ling juga tewas di tangan Natalia LeoMurphy. Dengan hero Natalia, LeoMurphy berjaya mendapatkan 9 penyingkiran! 

2 hero yang mempunyai diameter besar dalam penguasaan peta — Natalia dan Yi Shun-shin memberi kelebihan buat Alter Ego.

Kedua-dua pemain Jungler (Celiboy) dan Roamer (LeoMurphy) pasukan Alter Ego merupakan highlight yang paling besar dalam perlawanan pertama.

Alter Ego menamatkan perlawanan di minit ke-15 apabila tekanan demi tekanan diberikan oleh pasukan itu kepada rookie Indonesia, Rebellion Genflix. Kemenangan di perlawanan pertama berpihak kepada Alter Ego dengan mata penyingkiran sebanyak 21 berbalas 12. 

Sumber: ONE Esports

Disiplin! Alter Ego dapatkan kemenangan bersih terhadap RBG

Kemas, disiplin dan sistematik! Tidak dapat dinafikan, pasukan terkuat Indonesia ini mempunyai semua yang arena Mobile Legends: Bang Bang mahukan. 

Di perlawanan kedua, mereka mengekalkan momentum yang sangat baik di mana early game didominasi oleh mereka. Pemilihan draft yang menyakinkan oleh Alter Ego membuatkan mereka berada dalam keadaan yang seimbang. 

Sumber: ONE Esports

Manakala untuk Rebellion Genflix, mereka memilih Aldous untuk dimainkan. Aldous merupakan direct counter kepada Natalia tetapi Alter Ego tidak menggunakan Natalia pada perlawanan kedua.

Namun, pengambilan Natan oleh pasukan RBG dapat membantu pasukan ini memberi damage yang tinggi buat Alter Ego.

Perlawanan kedua ini merupakan pertarungan mekanik buat kedua-dua pasukan kerana jungler kedua-dua pasukan iaitu Celiboy dan Jiisaa menggunakan hero yang sama seperti di perlawanan pertama. 

Namun, Yi Shun-shin Celiboy lebih menyakitkan dari Natan yang digunakan oleh Jiisaa. Alter Ego meninggalkan perbezaan 10K networth, 7 turret dan 1 Lord terhadap Rebellion Genflix dalam masa 11 minit perlawanan dimainkan. 

Dan akhirnya, dengan damage yang tinggi diberikan oleh Celiboy bagi membantu pasukan beliau mendapatkan kristal pasukan RBG, Alter Ego berjaya menyapu bersih kemenangan dengan 2-0. 

Sumber: ONE Esports

Good Game Well Played buat pasukan rookie Indonesia, Rebellion Genflix. Baru bersaing di peringkat global tetapi mampu untuk sampai ke tahap yang tinggi. Alter Ego bukanlah lawan yang mudah. Namun, Rebellion Genflix juga telah pun memberi good fight.

Powerhouse Indonesia, Alter Ego akan bertemu dengan juara MPL SG, EVOS SG di quarterfinal pada 5 November, 15:35 GMT+8.

Untuk mengetahui tarikh/masa serta keputusan perlawanan sepanjang MPL Invitational 2021 berlangsung, boleh lihat di sini: 

Siaran langsung ONE Esports MPL Invitational (MPLI) 2021 boleh ditonton secara langsung di laman rasmi ONE Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya