MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Setelah 20 pasukan berentap di liga SEA S4 bagi merebut 1 slot PMGC yang diberi menerusi liga, kini, tiba masa untuk acara kemuncak membuka arena mereka. 

Di liga, pasukan gergasi dari Thailand, FaZe Clan telah pun menunjukkan kebolehan dan kemampuan mereka menjadi pasukan kedua Thailand yang mendapatkan slot ke PMGC.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Hanya berbaki 3 sahaja lagi slot yang bakal diberikan di Grand Finals SEA Championship S4 kepada 3 pasukan teratas. Juga, untuk mencari pasukan mana yang akan menjadi pasukan PUBG Mobile terbaik di Asia Tenggara. 

5 pasukan yang dikatakan mampu untuk merebut kejuaraan di SEA S4 ini bukanlah dinilai secara profesional tetapi dinilai melalui performa ketika liga. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku di Grand Finals SEA Championship S4 nanti.

Inilah 5 pasukan yang dikatakan mampu untuk merebut gelaran pasukan PUBG Mobile terbaik di Asia Tenggara. 

  1. FaZe Clan 
  2. The Infinity
  3. 4Rivals
  4. EVOS Reborn
  5. Bigetron Red Aliens

Kenapa 5 pasukan ini dianggap pasukan yang mampu merebut juara SEA S4? 

Pasukan Thailand: FaZe Clan & The Infinity 

2 pasukan Thailand yang sudah pun mendapatkan slot ke PMGC bukanlah pasukan biasa-biasa. Mereka merupakan pasukan yang sangat konsisten di SEA S4.

Walaupun The Infinity kelihatan bermain dengan lebih santai berbanding FaZe Clan, tetapi The Infinity tetap konsisten. 

Seperti yang semua tahu, FaZe Clan & The Infinity adalah dalam kalangan pasukan terbaik di Asia Tenggara. Mereka bermain dengan sangat strategik dan tidak takut untuk memulakan perlawanan. 

Sumber: The Infinity Esport
Sumber: FaZe Clan Thailand

Terdapat juga kelemahan yang boleh dilihat sepanjang liga SEA S4 berlangsung. Contohnya, FaZe Clan. Mereka agak sukar untuk mengekalkan kedudukan di dalam permainan jike dilanggar oleh pasukan lawan.

Tetapi jika mereka yang melanggar pasukan lawan, jarang dilihatkan pasukan ini kalah dalam pertempuran. Mungkin mereka masih belum keluarkan ‘senjata utama’ mereka di liga. 

Bagi The Infinity, mereka mendapatkan Chicken Dinner hampir di semua Super Weekend. Mengumpul Chicken Dinner kedua terbanyak selepas 4Rivals, hati-hati dengan pasukan ini di grand finals nanti.

Pasukan Malaysia: 4Rivals

Kenapa ada satu sahaja pasukan Malaysia yang dianggap bakal merebut kejuaraan di Grand Finals SEA Championship S4? — Kerana 4Rivals adalah pasukan Malaysia yang paling konsisten. 

Tidak dapat dinafikan, banyak kali pemain 4Rivals diculik satu demi satu di dalam perlawanan. Tapi mereka juga tahu bagaiman untuk survive jika satu atau dua daripada pemain mereka diculik. 

Mendapatkan 7 Chicken Dinner di liga SEA S4, 4Rivals telah pun berjaya menunjukkan bahawa mereka benar-benar belajar dari kesilapan yang mereka lakukan di SEA S3. 

Sumber: 4Rivals

Pasukan Indonesia: EVOS Reborn & Bigetron Red Aliens

Hampir mendapatkan slot ke PMGC, EVOS Reborn harus akur apabila beliau tewas merebut slot tersebut dari FaZe Clan. EVOS Reborn memang memberikan kejutan di SEA S4. Walaupun tidak berjaya mara ke PMPL S4, pasukan ini mempunyai aura yang luar biasa. 

Mereka merupakan pasukan yang paling konsisten di liga SEA S4. Mengekalkan tempat pertama di liga setiap minggu, pasukan ini memang sukar untuk ditewaskan. EVOS Reborn harus berada di kelompok 5 pasukan yang boleh mendapatkan kejuaraan di SEA S4. 

Sumber: EVOS Esports

Bagi pasukan Bigetron Red Aliens, di 2 minggu pertama Super Weekend serta Weekday, Bigetron Red Aliens tidaklah memberikan saingan yang luar biasa seperti apa yang dijangkakan. 

Menjadi pasukan terhebat dan terkuat di Indonesia, mereka memikul tanggungjawab yang berat untuk mendapatkan slot ke PMGC. Namun, mengenali pasukan ini, mereka mampu memberikan kejutan di saat-saat akhir. 

Tidak mustahil untuk mereka berbuat demikian. Mereka hanya memerlukan momentum yang baik. Dari segi kekuatan pemain dan strategi, mereka sudah pun memiliki perkara tersebut.

Sumber: Bigetron Esports

16 pasukan terbaik Asia Tenggara akan mula berentap di Grand Finals SEA Championship S4 untuk mengejar 3 lagi slot ke PMGC sekali gus merebut kejuaraan SEA S4. 

Siaran langsung Grand Finals SEA Championship S4 boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya