MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL SEA: FaZe Clan berjaya ke PMGC, 4 pasukan Malaysia di final

atq_hyprgame
Kongsi

Pasukan Thailand, FaZe Clan merupakan juara liga PMPL SEA S4 League yang telah pun mengunci slot mereka ke PMGC 2021.

Tahniah, FaZe Clan kerana berjaya mendapatkan slot ke PMGC & memberikan performa yang sangat berkualiti di pentas global!

Kini, pasukan Thailand sudah pun mempunyai 2 pasukan yang akan mewakili negara itu di PMGC 2021.

Selepas berjaya merebut kedudukan di liga daripada pasukan EVOS Reborn, FaZe Clan mengekalkan konsistensi mereka sehingga liga menutup tirai.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Sebagai pendahulu liga, memang banyak cabaran yang dilalui oleh FaZe Clan untuk memastikan mereka kekal berada di kedudukan pertama. 

Boleh dilihatkan pada hari terakhir liga SEA S4 berlangsung, momentum yang dimiliki oleh FaZe Clan kelihatan sedikit merudum. Walaupun terkeluar awal dalam beberapa pusingan, pasukan itu masih mampu mengutip mata singkir yang banyak. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Sememangnya sukar untuk pasukan lain mengejar mata pasukan FaZe Clan. Mereka sudah membina jurang yang besar buat pasukan EVOS Reborn dan 4Rivals. 

Bagi pasukan Malaysia, 4Rivals, mereka mempunyai peluang untuk mengejar tetapi di beberapa pusingan, mereka kurang memberi performa yang baik. Namun, pasukan ini berjaya mengutip Chicken Dinner yang terakhir di map Sanhok. 

Dengan Chicken Dinner yang 4Rivals dapat di Sanhok, mereka menjadi satu-satunya pasukan yang mengumpul Chicken Dinner terbanyak di liga SEA S4 (7 Chicken Dinner). 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Namun, rezeki pasukan Malaysia mungkin bukan di liga tetapi di grand finals yang bakal berlangsung pada 5 November sehingga 7 November ini. 

Berita baiknya, kesemua wakil Malaysia di SEA S4 berjaya untuk mara ke Grand Finals SEA Championship S4 🇲🇾👏🏻

Walaupun Team Secret tidak berjaya melayakkan diri di Minggu Terakhir Super Weekend, mata yang mereka ada cukup untuk menempatkan mereka di tempat ke-16. 

16 pasukan terbaik Asia Tenggara akan mula berentap di Grand Finals SEA Championship S4 untuk mengejar 3 lagi slot ke PMGC sekali gus merebut kejuaraan SEA S4. 

Siaran langsung Grand Finals SEA Championship S4 boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *