MEMUAT

Taip untuk mencari

Kemunculan hero Marci di Dota2.

Kongsi
Kemunculan hero Marci di Dota2.

Keluaran Hero terbaharu di Dota2 yang dibawa daripada siri Netflix Dota: Dragon’s Blood, hero yang dinamakan Marci itu mempunyai pelbagai skill yang menarik.

Kepada peminat Dota2 yang telah menonton siri NetFlix Dota: Dragon’s Blood mesti telah mengenal pasti karakter ini. Mirca yang telah menjadi pembantu Mirana dengan membawa peralatan dan beliau juga berkebolehan untuk melawan musuh. Mirca juga merupakan seorang manusia yang berkebolehan.

Penerangan berkenaan kebolehan Mirca 

Skill pertama Mirca iaitu Dispose membolehkan dia untuk membuat satu smackdown dan mencampak musuh ataupun rakan ke arah belakang. Pihak lawan akan menerima stun yang berdurasi selama 1.2- 2.1 saat.

Skill yang kedua adalah Rebound. Mekanis skill ini sama seperti Monkey King tetapi perbezaanya Mirca melompat ke hero ataupun minion sedangan Monkey King hanya melompat ke atas pokok. Sekiranya Rebound ini digunakan ke atas rakan pasukan, automatik rakannya mendapat movement speed.

Skill yang ketiga pula adalah Sidekick, skill yang membuatkan Marci menjadi overpowered dalam masa 6 saat. Skill itu membolehkan dirinya mendapatkan lifesteal dan damage tambahan, ia juga boleh diberikan kepada rakan sepasukannya.

Skill yang terakhir merupakan ultimate Marci iaitu Unleash, skill ini memboleh Marci untuk melakukan tumbukan yang cepat dalam 18 saat. Di setiap kombo pukulan yang di buatkan akan mempunyai letupan yang membuatkan pihak lawan menjadi perlahan dan menerima damage. Semasa skill ini digunakan Marci akan menerima Basic Dispel dan 15% movement speed.

Adakah Marci terlalu overpowered ataupun terlalu menarik untuk digunakan?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *