MEMUAT

Taip untuk mencari

Malaysia masih berpeluang untuk menjadi juara liga!

Kongsi
Malaysia masih berpeluang untuk menjadi juara liga!

Minggu ini adalah minggu terakhir bagi liga PMPL SEA musim ke 4. Pasukan-pasukan yang berjaya memasuki SuperWeekend yang terakhir sedang giat untuk mengejar mata bagi meletakkan pasukan mereka teratas di dalam carta liga.

Tiga pasukan daripada Malaysia iaitu 4Rivals, GeekFam dan AxisRedOne berjaya untuk memasuki SuperWeekend yang terakhir ini. Mereka juga sedang bertungkus lumus untuk membanggakan nama Malaysia di kejohanan SEA ini.

Semalam merupakan hari pertama SuperWeekend di mainkan, dan kita dapat melihat pasukan 4Rivals berjaya memungut sebanyak 41 mata di hari yang pertama. Manakala pasukan AxisRedOne dengan 29 mata di tangga yang ke 11 dan akhir sekali pasukan prank kita iaitu GeekFam dengan 10 mata sahaja.

Permulaan yang sederhana, tetapi masih lagi berbaki 2 hari sebelum penentuan juara liga PMPL SEA musim ke 4. Dan secara keseluruhan kita dapat melihat pasukan 4Rivals berada di tempat yang ke 2 dengan 322 mata membezakan 16 mata dengan tempat pertama yang diduki oleh pasukan EVOS daripada Indonesia.

Credit : Liquidpedia

Ini menunjukkan pasukan daripada Malaysia bakal menjadi juara buat kali ke-2 selepas pasukan YoodoGank sebelum ini pernah menjuarai PMPL SEA pada musim pertama. Dan kali ini mungkin pasukan Malaysia akan memegang title juara SEA bagi musim ke empat.

Semoga kemenangan di pihak kita, dan pasukan-pasukan yang ikut bertanding teruskan berusaha dan membawa kemenangan liga buat Malaysia. 

Siaran langsung Minggu Terakhir Liga PMPL SEA S4 boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya