MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain muda China “Starry” terpaksa berhenti bermain

Kongsi
Pemain muda China "Starry" terpaksa berhenti bermain

Undang-undang permainan baru China mula mempengaruhi industri esports negara ini. Pemain  Counter-Strike Zhi “Starry” Ye daripada pasukan Lynn Vision Gaming berspekulasi akan berhenti bermain dari pro scene. 

Starry yang berusia 16 tahun tidak dapat meneruskan perjuangannya di dalam bidang esport selepas undang-undang baru melarang pemain berusia di bawah 18 tahun bermain lebih dari satu jam dan cuma dibolehkan bermain pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad . 

Dia adalah salah satu dari banyak pemain muda yang berpotensi terpaksa melepaskan impian esport mereka kerana undang-undang anti-permainan ini di China.

Starry merupakan Rifler bagi pasukan Lynn Vision yang berpusat di China. Dia juga dikenali sebagai ACE bagi pasukan itu selepas beliau telah menyapu rata G2 Esport semasa kejohanan Blast Premier Fall.

Credit : YT Pley

Walau bagaimanapun undang-undang permainan Cina yang baru mempunyai implikasi drastik untuk masa depan industri sukan negara. Pemain yang kompetitif sering memulakan karier mereka pada usia belasan tahun. 

Tiga Jam latihan setiap minggu tidak pernah cukup untuk seseorang itu mencapai tahap tertinggi di dalam mana mana sukan, ini membuat Starry terpaksa berundur daripada esport China dan memfokuskan ke arah lain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya