MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan TC mendahului carta Final PEL S4

Kongsi
Pasukan TC mendahului carta Final PEL S4

Pasukan The Chosen merupakan salah satu pasukan yang memberi saingan di dalam kejohanan PEL China. Mereka juga mampu mengejar rapat kutipan mata pasukan Nova Esport semasa di PEL musim ke 3,

Pasukan The Chosen yang diwakili oleh FireShow, Neid, Suk dan wyy. Mereka merupakan pasukan elite China yang telah memberi kejutan terhadap pasukan gergasi Nova Esport semasa di PEL musim ke 3. Walaupun sepanjang kejohanan rasmi mereka tidak berakhir dengan keputusan yang tinggi tetapi pasukan ini terus memberi asakan untuk mencapai ke puncak kegemilangan.

Semasa PEL musim ke 3 pasukan The Chosen mendapat tempat ke 2 selepas gagal mengejar mata pasukan Nova Esport yang memunggut sebanyak 210mata manakala The Chosen 205 mata. Mereka menunjukkan satu perkembangan yang pesat selepas hampir berjaya menjadi juara PEL musim ke 3.

Credit : Liquipedia

Di musim kali ini Peacekeeper Elite League, pasukan The Chosen nampaknya telah menunjukkan taring di hari pertama. Mereka telah memungut sebanyak 64 mata dalam 5 pusingan yang telah dimainkan. Walaupun tidak mendapatkan WWCD di hari pertama, tetapi mereka konsisten dalam pencarian mata dan berjaya meletakkan jarak antara pasukan Nova Esport yang berada di tempat ke 4 dengan 44mata terkumpul.

Credit : Liquipedia

Siapakah yang akan menjadi juara bagi PEL musim ke 4 kali ini?. Terdapat beberapa pasukan-pasukan yang sangat dikenali yang juga mengikuti PEL musim ke 4 seperti pasukan 4 Angry Man dan Weibo Gaming.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya