MEMUAT

Taip untuk mencari

Onic Esports beri tribut buat bekas pemain mereka, Sasa

atq_hyprgame
Kongsi

Umum mengetahui bahawa Team SMG baru sahaja dinobatkan sebagai juara MPL Musim 8 pada 17 Oktober yang lalu. Setelah beberapa musim memegang nombor 7 dan 8, pasukan itu akhirnya berjaya menjuarai MPL. 

Terbaru, Onic Esports ada memuat naik satu video di media sosial milik mereka yang bertajuk “A Tribute to Sasa”. 

Sasa merupakan pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang yang berasal dari Malaysia. Selepas tidak lagi bersama dengan pasukan MyA, Sasa memulakan perjalanan baru bersama organisasi e-sukan Indonesia, Onic Esports. 

Lu Khai Bean atau lebih dikenali sebagai Sasa mempunyai pengalaman dan merekodkan prestasi yang cemerlang dalam bidang e-sukan Mobile Legends: Bang Bang.

Jika bercakap tentang pemain ini, pasti semua komuniti Mobile Legends mengenali beliau. 

Sumber: Onic Esports

Mengambil langkah kanan menyertai organisasi e-sukan, Onic Esports, Sasa berjaya menempah nama di negara jiran apabila Onic Esports meraih kejuaraan di MPL ID S3, MSC 2019 dan Piala Presiden 2019. 

Pasukan Onic Esports pada ketika Sasa bersama-sama dengan mereka diberi gelaran “5 Kage”. Gelaran itu diberi kerana 5 pemain Onic Esports pada tahun 2019 memberikan penampilan yang luar biasa. Kelima-lima pemain Onic Esports pada ketika itu memang antara pesaing yang hebat.

Namun, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Sasa memutuskan untuk kembali ke Malaysia. 

Team SMG yang dilatih oleh pelatih yang pernah membawa pasukan RRQ menjuarai MPL ID iaitu James telah membawa masuk Sasa ke dalam Team SMG.

Memiliki pengalaman, prestasi yang baik dan pernah berada di dalam pasukan Indonesia, Sasa memberi warna baru buat Team SMG. 

Sumber: Team SMG

Seperti yang sedia maklum, Indonesia mempunyai komuniti Mobile Legends yang terbesar. Mereka juga merupakan negara gergasi yang mendominasi e-sukan tersebut. 

Walaupun baru satu musim bersama dengan team SMG, Sasa sudah mampu untuk merangkul kejuaraan di MPL MY S8. 

Kagum dan bangga dengan Onic Esports! Video tribut yang dibuat oleh Onic Esports benar-benar menyentuh hati.

Walaupun Sasa tidak lagi bersama dengan organisasi e-sukan tersebut, tetapi sikap positif yang mereka ada membuatkan komuniti Mobile Legends semakin maju. 

Penghargaan besar yang diberikan kepada Sasa oleh Onic Esports menunjukkan bahawa organisasi e-sukan itu menghargai dan bangga dengan pencapaian Sasa di Malaysia. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *