MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain Malaysia di TI10 yang membawa nama negara di pentas dunia

atq_hyprgame
Kongsi

The International merupakan kejohanan terbesar Dota yang diadakan pada setiap tahun. 

Kejohanan dunia itu menampilkan pasukan-pasukan Dota di seluruh dunia berentap untuk mendapatkan wang kumpulan hadiah terbesar dan gelaran juara dunia, The International.

Baru-baru ini, The International telah pun menutup arena mereka apabila Team Spirit berjaya menjadi juara baru The International 10. 

Pasukan itu telah membawa pulang sebanyak $18,208,300 USD. Itu merupakan kemenangan pertama Team Spirit di dalam The International. 

Sumber: Dota 2

Walaupun tiada pasukan yang mewakili Malaysia di The International, Malaysia cukup berbangga mempunyai pemain yang membawa nama Malaysia di pentas dunia itu.

Antara pemain yang berjaya membawa nama Malaysia di pentas dunia adalah Cheng “NothingToSay” Jin Xiang.

Pemain ini merupakan pemain bagi pasukan China, PSG.LGD yang telah mendapatkan tempat kedua di The International 10. 

Pasukan itu berjaya membawa pulang sebanyak $5,202,400 USD (RM 21 Juta). Pencapaian pasukan PSG.LGD di TI10 sangat membanggakan.

Mereka juga antara pasukan kegemaran yang dijangka bakal menjuarai TI10. 

Sumber: Dota 2

Selain daripada Cheng “NothingToSay” Jin Xiang, Oli dan Jt- dari pasukan Invictus Gaming juga membawa pulang wang tunai sebanyak $2,401,000 apabila pasukan mereka berjaya menduduki tempat ke-4. 

Sumber: Dota 2

Bagi pasukan Fnatic, mereka merupakan pasukan pertama yang mempunyai pemain profesional Dota dari Malaysia.

Dari bermulanya Kecik Imba memasuki pasukan Fnatic dan kemudiannya MidOne, komuniti e-sukan di Malaysia mula berjinak-jinak di dalam Dota  

Sumber: Dota 2

Pemain Malaysia yang ada di dalam pasukan Fnatic adalah ChYuan. Pasukan itu telah membawa pulang wang tunai berjumlah $800,400 USD. 

Sumber: Fnatic

Pemain-pemain Malaysia telah pun menunjukkan Kebolehan dan kelebihan mereka pergi di pentas yang lebih besar iaitu pentas dunia.

Komuniti Dota di seluruh dunia tidak dapat dinafikan memang besar. 

Malaysia sudah pun mempunyai pemain yang berada di dalam pasukan-pasukan dunia Dota. Semoga ada pasukan Malaysia yang akan membuat debut di The International pada masa akan datang! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *