MEMUAT

Taip untuk mencari

Apa masalah dengan pengurus Tencent MY ni ?

Kongsi
Apa masalah dengan pengurus Tencent MY ni ?

Baru-baru ini pengurus Tencent Malaysia telah dikecam hebat oleh komuniti e-sukan Malaysia. Perkara ini terjadi selepas Siu Hou yang seakan menyelebahi komuniti Filipina dan ibarat telah mengabaikan perasaan komuniti Malaysia.

Seperti yang dimaklumkan pada musim lepas, Tencent telah menggabungkan tiga buah negara iaitu (Malaysia, Singapura dan Filipina) di dalam satu liga PUBG Mobile (PMPL) di musim ke 5. Malah perkara ini tidak dipersetujui oleh ramai pihak, dan mereka berpendapat bahawa Malaysia seharusnya mempunyai liganya tersendiri seperti Indonesia.

Hal ini berlaku, selepas salah seorang pemain profesional daripada Filipina yang telah melakukan tuduhan melulu dan berkata buruk terhadap pasukan Malaysia semasa latihan scrim (SSS) sedang dijalankan. Apatah lagi pemain yang bernama Demigod ini telah mengatakan suatu perkara yang berbaur penghinaan terhadap pemain profesional tanah air kita, Jumper.

@kumagiz

Drama baru guys🤣 kurang ajar cakap Axis low class , tuduh Jumper StreamSnipe pulak🤭 #fypシ #foryourpage #xyzbca #axisredone #dinjumper

♬ original sound – yaa harun aya – yaa harun aya

Disebabkan itu, netizen komuniti Malaysia yang berasa dengan tidak senang dengan ucapan yang dilontarkan terhadap Jumper, mereka terus menghentam dan melakukan serangan cyber terhadap beliau. Lebih mengejutkan lagi, apabila reaksi Demigod seakan-akan tidak mengendahkan hal itu dan hanya membuat muka.

Walau bagaimanapun, tindakan susulan telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab. Perkara ini telah diuruskan oleh OnTheGo yang telah membincangkan perkara ini diantara Axis Esport (MY) dan juga KHI Esport (PH).

Siu Hou juga telah dikecam hebat oleh pemain profesional yang telah mengambil bahagian di PMPL musim ke 3 dan juga kecaman dari ahli komuniti Malaysia. Perkara ini kian berlanjut setelah pihak VSPN hanya mendiamkan diri berkenaan wang hadiah yang ditawarkan semasa musim itu. Lebih kurang 1 tahun, peserta-peserta tidak dimaklumkan sebarang perkembangan berkenaan wang hadiah terbabit.

Lebih mengeruhkan lagi, apabila pihak berwajib hanya memberikan hadiah wang tunai kepada pasukan-pasukan ternama bagi mendiamkan perkara itu terus tular di sosmed. Siu Hou yang ibarat telah mengabaikan perasaan pasukan-pasukan tanah air dan kini muncul dengan menyebelahi komuniti Filipina?. Semestinya ia telah mengundang lebih banyak hate-speech dan sisi buruk e-sukan tanah air.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya