MEMUAT

Taip untuk mencari

SEM9.GANK sudah berusaha kekalkan kedudukan untuk ke SEA S4

atq_hyprgame
Kongsi

SEM9.GANK, pasukan yang mempunyai diameter peminat yang sangat ramai di Malaysia merupakan salah satu pasukan harapan untuk ke SEA League S4 apabila mereka berjaya menempatkan di kedudukan pertama pada hari pertama Grand Finals PMPL MYSG S4. 

Namun, di hari kedua dan ketiga, pasukan itu kurang beraksi dan kedudukan mereka dicabar oleh pasukan-pasukan lain. Ini merupakan percubaan mereka yang kedua untuk ke PUBG Mobile Pro League — Southeast Asia (SEA)

Sumber: SEM9 GANK
Sumber: SEM9 GANK

Di Grand Finals PMPL MYSG S4, SEM9.GANK berjaya menamatkan di kedudukan ke-5.

Sumber: SEM9 GANK

Walaupun pada musim ini mereka sekali lagi tidak berjaya mendapatkan slot ke SEA, tetapi SEM9.GANK memberikan permainan yang sangat baik di PMPL MYSG S4 berbanding pada musim yang lalu. 

Semestinya kehilangan seorang jurulatih sedikit sebanyak membuatkan pasukan itu hilang arah ketika di awal-awal liga. Tapi dengan semangat yang mereka ada dan pertolongan dari Slydd & Soultan membangkitkan lagi momentum mereka. 

Klik di sini untuk baca: Soultan & Slydd adalah semangat SEM9.GANK

Kedudukan SEM9.GANK di dalam arena PUBG Mobile masih lagi relevan kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang pernah bermain di SEA dan peringkat dunia.

Mereka antara pasukan yang menaikkan nama e-sukan di Malaysia dan memberi saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan yang lain.

Menjadi pasukan harapan bukanlah mudah kerana peminat akan mengharapkan permainan yang lebih baik dari SEM9.GANK. Tetapi, pasukan ini sudah memberikan kejutan yang banyak sepanjang berlangsungnya PMPL MYSG S4. 

Semoga ada sinar baru buat SEM9.GANK di PMPL pada musim yang akan datang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *