MEMUAT

Taip untuk mencari

Adakah Axis Lexx akan diturunkan di Grand Finals PMPL MYSG S4?

atq_hyprgame
Kongsi

Baru-baru ini, pasukan Axis RedOne dinobatkan sebagai juara liga PMPL MYSG S4 dan berjaya mendapatkan slot ke PUBG Mobile Pro League — Southeast Asia (SEA) S4: League. 

Pasukan itu dibarisi oleh pemain-pemain berbakat besar yang terdiri daripada AxisKacang5usu, AxisVOKEYOP, AxisMicaOP, AxisHeyynoobb, AxisFaris dan AxisLexx.

Sumber: Axis Esports

Axis RedOne merupakan pasukan yang paling konsisten ketika di liga PMPL MYSG S4.

Potensi yang dimiliki oleh mereka dari hari pertama pembukaan liga PMPL MYSG S4 menyebabkan ramai penonton dan pengikut PUBG Mobile merasakan bahawa mereka merupakan pasukan yang akan menjuarai liga.

Konsistensi dan momentum yang ditunjukkan oleh mereka ketika di liga sangat luar biasa walaupun terdapat dua orang pemain baru di dalam pasukan mereka yang belum pernah membuat kemunculan di arena PMPL iaitu AxisFaris dan AxisMicaOP. 

Namun perkara itu tidak menghalang pasukan Axis RedOne untuk menjadi juara liga.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Umum mengetahui bahawa pasukan Axis RedOne terdiri daripada 6 orang pemain. Mereka juga mempunyai pemain yang berumur 16 tahun iaitu Axis Lexx. 

Jika dilihatkan dari liga PMPL MYSG S4, Axis Lexx tidak diturunkan langsung kerana beliau masih belum cukup umur untuk bermain. 

Namun, pada 15 September yang lalu, beliau baru menyambut hari kelahirannya yang ke-16. Dan kini, beliau sudah memenuhi syarat untuk menyertai kompetitif PUBG Mobile.

Dengan syarat yang sudah dipenuhi oleh Axis Lexx, adakah Axis Lexx akan diturunkan sebagai pemain utama bagi pasukan Axis RedOne di Grand Finals PMPL MYSG S4 nanti?

Atau pasukan Axis RedOne akan memberi fokus kepada 5 pemain mereka yang bermain di liga PMPL MYSG S4? 

Tidak dapat dinafikan bahawa 5 barisan pemain mereka ketika di liga PMPL MYSG S4 sememangnya sangat menyerlah dan boleh memberi saingan yang hebat buat pemain-pemain dari pasukan yang lain. 

Sumber: Axis Esports

Sama-sama kita saksikan pembukaan tirai Grand Final PMPL MYSG S4 pada hari ini di laman rasmi Facebook dan Youtube milik PUBG Mobile Esports Malaysia. 

Berikut merupakan jadual Grand Finals PMPL MYSG S4 yang akan berlangsung pada 24 September sehingga 26 September:

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *