MEMUAT

Taip untuk mencari

Riot Games mengejek pentas play-ins Worlds 2021

Kongsi
Riot Games mengejek pentas play-ins Worlds 2021

Riot Games mendapat tentangan dari komuniti esports hari ini kerana kata-kata ‘tidak sopan’ yang digunakan dalam permainan League of Legends World Championship (Worlds) 2021 Pick ‘Ems.

Permainan ramalan ini membolehkan peminat meramalkan pasukan mana yang akan menang dan kalah di Worlds 2021, dengan melihat pungutan mata daripada global leaderboard.

RiotGames yang mendapat kecaman hebat itu selepas mereka menulis “Play-ins sedang berlangsung dan kami tidak menyokongnya. Duduk,berehat dan nantikan persembahan sebenar nanti”. Mereka seakan mengejek pasukan-pasukan yang bermain di Play-ins Ems itu.

Perkara itu yang mengguris hati pasukan-pasukan yang bermain untuk di Play-ins seakan mereka tidak perlu diberi perhatian.

Tim Sevenhuysen telah membuat tweet berkenaan ini, dan kecewa dengan pihak Riots seakan ambil mudah untuk perkara ini.

Sepuluh pasukan yang akan bermain di playins Worlds 2021, empat daripadanya akan berjaya ke peringkat kumpulan: LNG (LPL), Hanwha Life (LCK), Cloud9 (LCS), Beyond Gaming (PCS), Unicorns of Love (LCL ), Infinity Esports (LLA), Galatasaray (TCL), Red Canids (CBLOL), Detonation FocusMe (LJL) dan Peace (LCO).

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya