MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Top 10 di Overall Standing ada peluang tertinggi ke PMGC S1

atq_hyprgame
Kongsi

Untuk melayakkan diri ke PMGC S1, setiap pasukan harus memastikan mereka dapat mengumpul mata tertinggi di dalam Malaysia. Bagaimana pungutan mata keseluruhan dibuat? 

Pungutan mata keseluruhan adalam seperti berikut:

Liga Country Final PMPL MY/SG S3 + PMPL MY/SG Final S3 + Liga Country Finals PMPL MY/SG S4 + PMPL MY/SG Final S4 = Jumlah Keseluruhan = PMGC S1

Di overall standing PMPL S3, 10 pasukan telah menunjukkan pungutan mata yang memberangsangkan dan 10 pasukan ini juga merupakan pasukan yang mempunyai peluang tertinggi ke PMGC S1. 

10 pasukan ini terdiri daripada Geek Fam, Team Secret, 4Rivals, Anti Circle, Axis RedOne, Wulf Arov, Team SMG, Evos Vip, RSG dan SEM9.GANK. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Geek Fam mendahului overall standing dengan memperoleh sebanyak 491 mata. Perbezaan mata mereka dengan Team Secret dan 4Rivals tidak terlalu jauh. 

Tetapi kedua-dua pasukan Team Secret dan 4Rivals bersama-sama berkongsi mata sebanyak 459. 

Namun, kedudukan SEM9.GANK di tempat yang ke-10 di dalam overall standing lebih menjadi perhatian peminat dan penyokong pasukan tersebut. 

Mata bagi pasukan SEM9.GANK adalah sebanyak 348. Dapatkah pasukan ini bangkit dan sekali gus mendominasi arena PMPL S4 nanti? 

Seperti sebelum ini, Team Secret merupakan wakil Malaysia ke PMGC S0. Ia merupakan satu pencapaian yang besar buat pasukan tersebut apabila mereka berjaya mendapat tempat ke-7 di peringkat global.

Pada ketika itu, roster mereka dibarisi oleh Madtoi, Rexx, Uhigh, iShotz dan Jangs.

Kini dengan pertukaran roster baru mereka yang dibarisi oleh Madtoi, Kid, Fredo, Jumper, Y2K dan iShotz, dapatkah mereka mencabar kedudukan pasukan-pasukan lain untuk ke PMGC S1? 

Atau ada pasukan lain yang akan mencabar kedudukan 10 pasukan teratas ini?

Sama-sama kita saksikan pentas PMPL MY/SG S4 pada 24 Ogos ini di laman rasmi Facebook dan Youtube milik PUBG Mobile Esports Malaysia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *