MEMUAT

Taip untuk mencari

SHITSUKE & JaneTidy sertai Team Secret

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, Team Secret telah membuat satu pengumuman rasmi tentang kemasukan dua duta baru Team Secret iaitu Farah Diba dan Fivie Izanie. 

Kedua-dua wanita ini merupakan seorang streamer di Facebook. 

Sumber: Team Secret

Farah Diba atau lebih dikenali sebagai SHITSUKE™ di live streaming miliknya merupakan seorang streamer popular dan juga pemain PUBG Mobile bagi pasukan MEGA. Mempunyai pengikut di Facebook Gaming seramai 790 ribu, nama beliau mula naik apabila beliau dikaitkan dengan streamer lelaki, Afiq Gaming. 

Manakala, Fivie Izanie atau lebih dikenali dengan nama JaneTidy Gaming merupakan seorang streamer di Facebook Gaming juga. Memiliki seramai 148 ribu pengikut di Facebook Gaming, Janetidy disukai kerana sifatnya bersahaja dan juga lemah lembut. Beliau juga bermain PUBG Mobile ketika di live streaming. 

Sumber: Team Secret

Sebelum ini, Team Secret ada mengumumkan kemasukan dua duta mereka iaitu Fiera Fendi dan Emi Mohamad. Kini, Team Secret membawa masuk dua lagi duta di dalam organisasi mereka. 

Sumber: Team Secret

Kemasukan seseorang duta adalah untuk meningkatkan lagi populariti organisasi tersebut di mana Team Secret sudah mempunyai popularitinya yang tersendiri. Tambahan pula, kedua-dua, Farah Diba dan Fivie Izanie mempunyai ramai pengikut di Facebook Gaming. 

Oleh itu, kemasukan Janetidy dan Shitsuke di dalam Team Secret semestinya akan menaikkan lagi nama dan populariti organisasi tersebut. 

Tahniah buat JaneTidy dan SHITSUKE™ atas pelantikan duta di organisasi besar, Team Secret. Semoga maju jaya!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *