MEMUAT

Taip untuk mencari

Pembahagian kumpulan PMPL MY/SG S4 lebih menarik dengan 5 pasukan baru

atq_hyprgame
Kongsi

Setiap kali PMPL MY/SG bermula, akan ada pembahagian kumpulan untuk kesemua pasukan-pasukan yang akan berentap di arena PMPL MY/SG S4. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pembahagian kumpulan ini dibuat dari “Group Draw” di mana proses pembahagian group ini dijalankan dengan secara rawak. Kumpulan akan dibahagikan kepada 5 iaitu A, B, C, D dan E di mana satu kumpulan mempunyai 5 pasukan. 

Kumpulan A: EVOS Vip, 4Rivals, Axis Esports dan Team Bosskur 

Kumpulan B: Wulf Arov, Team Secret, YSX Esports dan Farang Lejund

Kumpulan C: RSG, R2K SEM9.GANK dan NSP Astra 

Kumpulan D: Anti Circle, Homebois, Whales Esports dan TABAH NSEA

Kumpulan E: Geek Fam, Team SMG, Yoodo Alliance dan VXM Fanx

Ketika di PMPL MY/SG S3, dapat dilihat bahawa Team Secret dan Wulf Arov juga di dalam kumpulan yang sama, bersama-sama dengan EVOS Vip dan R2K. 

Manakala, bagi 4Rivals dan Team Bosskur, mereka juga merupakan pasukan yang berada di dalam  kumpulan yang sama ketika PMPL MY/SG S3. 

4 pasukan ini yang berada dalam kumpulan yang sama ketika di PMPL MY/SG S3 pasti akan menyusun strategi masing-masing bagi menempuh pasukan lawan di arena PMPL MY/SG S4 nanti. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Walau bagaimanapun, dengan kehadiran 5 pasukan baru di dalam arena PMPL MY/SG S4 tentunya akan memberikan saingan yang lebih tinggi. 

5 pasukan ini adalah Yoodo Alliance, NSP Astra, Farang Lejund, VXM Fanx dan YSX Esports. Kelima-lima pasukan ini adalah pasukan yang berjaya merempuh masuk ke PMPL MY/SG S4 melalui PMNC 2021 dan PMPL S4 Qualifier MY/SG. 

Kemasukan pasukan baru dalam arena PMPL MY/SG S4 semestinya merupakan satu impak yang baru dan cabaran juga akan semakin bertambah. Cabaran itu mungkin terletak pada 5 pasukan baru ini untuk memulakan Langkah mereka di PMPL MY/SG S4. 

Dengan adanya pasukan-pasukan baru di arena PMPL MY/SG S4, ini menunjukkan bahawa e-sukan Malaysia sedang berkembang dan masih berkembang dengan baik. Persaingan ketika di PMNC 2021 juga sangat sengit.

Masing-masing mahu merebut tempat di PMPL MY/SG S4 terutama buat pasukan yang belum pernah mendapatkan tempat di arena profesional itu. 

Adakah 5 pasukan baru ini akan membuat kejutan di PMPL MY/SG S4 nanti? Atau mereka akan dikejutkan dengan permainan yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan “senior” di arena PMPL MY/SG S4? 

Sama-sama kita saksikan pasukan-pasukan PMPL MY/SG S4 berentap sesama sendiri untuk merebut tempat di SEA Championship sekali gus di pentas besar PMGC S1. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *