MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Terbaru, 8 pasukan Call of Duty Mobile (CODM) Malaysia akan berentap di CODM Malaysia Championship 2021 untuk merebut gelaran Juara Kebangsaan.

Sumber: Instagram Garena Call of Duty: Mobile

Kumpulan hadiah bagi CODM Malaysia Championship 2021 adalah RM 60,000. Dua pasukan terbaik di CODM Malaysia Championship 2021 akan melayakkan diri mereka ke CODM World Championship 2021.

8 pasukan terbaik yang bermain di Juara Kebangsaan CODM Malaysia Championship 2021 adalah Yoodo RSG, Rampage, Czure, Infinity X, Crackheads, The Doctor, Cloud Fearless dan AsterMY

Sumber: Garena Call of Duty Mobile

Sebelum ini di MYSG Championship 2021 MY Group Stage, Yoodo RSG berjaya menjadi juara dan melayakkan diri ke MYSG Championship 2021

Sekali lagi, pasukan Yoodo RSG berjaya merebut kejuaraan di MYSG Championship 2021. Sangat mengagumkan buat pasukan CODM Malaysia. 

Kejuaraan yang diperolehi oleh Yoodo RSG memberi satu peluang yang besar buat pasukan itu apabila mereka dapat beraksi di CODM Malaysia Championship 2021. 

Selain daripada pasukan Yoodo RSG, pasukan Rampage juga mempunyai kehebatan dan kekuatan yang tersendiri. 

Pasukan ini dianggap “rival” bagi pasukan Yoodo RSG. Ini kerana Rampage juga merupakan pasukan invited ke MYSG Championship 2021 apabila pasukan ini memperolehi tempat kedua di MYSG Championship 2021 MY Group Stage

Tetapi, di MYSG Championship 2021, pasukan ini mendapat tempat keempat. Pasukan ini juga akan bersama-sama dengan Yoodo RSG dan pasukan Malaysia yang lain untuk merebut Juara Kebangsaan CODM Malaysia Championship 2021

Adakah Rampage akan merebut Juara Kebangsaan CODM Malaysia Championship 2021 dari Yoodo RSG

Atau, Yoodo RSG mempunyai strategi mereka tersendiri untuk membawa pulang gelaran Juara Kebangsaan di CODM Malaysia Championship 2021

CODM Malaysia Championship 2021 akan bersiaran langsung selama 3 hari dari 20 Ogos sehingga 22 Ogos pada pukul 6 petang di Facebook dan Youtube rasmi Garena Call of Duty Mobile

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *