MEMUAT

Taip untuk mencari

NSP mengalah untuk mempertahankan Camp Alpha.

Kongsi
NSP mengalah untuk mempertahankan Camp Alpha.

NSP Astra yang diwakili oleh enam orang pemain iaitu WinsX, Chong, MieX, ZeqX, XenoX, dan Janick. Pasukan ini seperti mana kita sedia maklum dropspot mereka di map Sanhok bertempat di Camp Alpha.

Tetapi sebaliknya yang terjadi semasa SSS di langsungkan, Pasukan ini beradu kekuatan dengan pasukan 4Rivals yang juga mahukan Camp Alpha untuk dijadikan dropspot utama mereka di PMPL MY/SG S4 nanti..

Pasukan 4Rivals yang diwakili oleh lima orang pemain iaitu Pemburu, Appy, Rith, Eypul, dan Pasha. Mereka juga pernah bermain untuk pasukan Dingoz MPX dan bermain di peringkat PMPL SEA sebelum ini.


Camp alpha, yang berada di kepulauan kecil di bahagian kiri atas map Sanhok itu, menjadi rebutan pemain. Seperti yang kita tahu sekiranya Zone bergerak ke pulauan kecil itu, pasukan yang berada di dalamnya mempunyai satu kelebihan yang besar. 
Pasukan-pasukan yang berada diluar semestinya akan bertembung sesama sendiri sebelum memasuki pulau kecil itu, laut yang membelah pulau itu dari pulau-pulau yang lain menyebabkan kesukaran pemain yang berada di pulau lain untuk memasuki pulau kecil itu , dan mungkin akan menyebabkan kematian yang sia-sia sekiranya ada pasukan yang sudah menjadi penunggu di tebing-tebing pulau kecil itu.

Semasa SSS (Scrim Saja-Saja) dilangsungkan pasukan NSP dan pasukan 4rivals bertempur untuk mendapatkan spot Camp Alpha itu dan akhirnya pasukan NSP akur dan melepaskan Camp Alpha itu kepada pasukan 4rivals.

Pihak kami ada menemu bual salah seorang dari pemain NSP Astra, menanyakan di mana dropspot mereka setelah mereka gagal untuk mempertahankan Camp Alpha dari diambil alih oleh pasukan lain. NSP berkata mereka akan mengambil drop spot pasukan yang tidak bermain untuk round itu nanti.

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *