MEMUAT

Taip untuk mencari

“Untuk Team Bosskur, kami pun ada meta Hanzo sprint” — Red Esports

atq_hyprgame
Kongsi

Umum mengetahui bahawa liga Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY (MPL) Musim 8 pada minggu yang pertama telah berakhir pada 13 Ogos sehingga 15 ogos minggu lepas. 

Kini, liga Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY Musim 8 (MPL) akan membuka tirai untuk minggu yang kedua pula.

Liga pada minggu kedua juga akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 20 Ogos sehingga 22 Ogos. 

Berikut merupakan carta kedudukan musim liga di minggu yang pertama: 

Sumber: MPL Malaysia

Untuk liga pada minggu yang kedua ini, Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY (MPL) Musim 8 akan memulakan perlawanan di antara Red Esports menentang Team Bosskur.

Manakala, bagi pusingan kedua, perlawanan akan dimulakan dengan Team SMG menentang SDGR EA EBLZ

Menerusi laman rasmi Facebook milik SEAGM, mereka ada memuat naik satu posting gambar yang menunjukkan pemilik bagi Red Esports iaitu Pen Halo. 

Sumber: SEAGM

Dalam kenyataan itu, Pen Halo ada memetik beberapa kata tentang perlawanan yang bakal menemukan Red Esports dengan dua raksasa di liga MPL S8 iaitu Team Bosskur dan Todak. 

“Untuk Team Bosskur, kami juga ada meta Hanzo sprint. Jadi korang kena jaga jaga ya” 

“Untuk Todak, goodluck qualifier MPL S9”

Todak dan Team Bosskur banyak menempah nama dalam Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY (MPL). Semestinya pasukan itu dianggap pasukan gergasi kerana mereka mempunyai kehebatan dan kekuatan yang tersendiri. 

Red Esports dan Team Bosskur akan berjumpa di liga pada 20 Ogos ini. Manakala, Red Esports akan menentang “Raja Comeback”, Todak pada 21 Ogos. 

Adakah meta Hanzo Team Bosskur akan dikeluarkan lagi oleh pasukan itu atau Red Esports ada cara tersendiri dalam menggunakan meta tersebut? 

Jom saksikan liga Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY (MPL) Musim 8 pada minggu kedua di laman rasmi Facebook MPL Malaysia .

Jangan lupa gunakan tanda pagar rasmi #MPLMYS8 #MLBB #MobileLegends #MLBBEsports #MPL #MOBA #Malaysia #MPLMYS8RegularSeason #RiseUp di siaran langsung liga MPL Malaysia Musim 8!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *