MEMUAT

Taip untuk mencari

AddMaths akan berehat atau ada sebab lain?

Kongsi
AddMaths akan berehat atau ada sebab lain?

Terbaru, Garena Free Fire ada memuat naik satu kenyataan di laman rasmi Facebook milik mereka tentang tindakan atau aktiviti “smurfing” yang melibatkan beberapa orang pemain di kelayakan MCP Majors Musim 2. 

Berita ini tular di Facebook kerana mendapati bahawa aktiviti “smurfing” ini dibenarkan oleh seorang caster iaitu AddMaths. 

AddMaths tentunya arif tentang polisi dan peraturan Garena Free Fire tentang “fair play” dan nilai-nilai teras di arena kompetitif kerana beliau bukan sahaja merupakan seorang caster tetapi Pengurus bagi pasukan AKO Synergy. 

Namun, AddMaths gagal untuk mempertahankan diri apabila tular satu tangkap layar (screenshot) yang menunjukkan bahawa beliau telah membenarkan pasukan AKO Synergy melakukan aktiviti “smurfing” atau joki. 

Terdapat seorang individu yang telah memuat naik tangkap layar tersebut di media sosial. Namun, individu tersebut masih tidak dapat dikenal pasti.

“Smurfing” di arena kompetitif merupakan satu kesalahan kerana Garena Free Fire ada meletakkan polisi bagi mereka yang melanggar Peraturan Smurfing. Pemain atau peserta dianggap “smurfing” jika seorang pemain itu didapati menyertai tournament dengan nama peserta lain/memainkan tournament tersebut untuk peserta lain.

Pihak Garena Free Fire telah membuat keputusan untuk mengenakan ban e-sukan kepada caster, Addmaths selama 1 tahun termasuk dalam aktiviti casting dan pengacaraan dari semua tournament e-sukan rasmi Free Fire. Ban ini akan berakhir pada 16 Ogos 2022.

Menerusi posting di laman rasmi Facebook milik AddMaths, beliau ada memuat naik satu kenyataan yang mengatakan bahawa beliau mengambil keputusan untuk berehat dari segala bentuk casting. Sejujurnya, beliau mestinya sudah mengetahui kesalahan yang dilakukan dari pihak beliau. 

Sebagai seorang caster yang mempunyai pengalaman dalam mengacara e-sukan, beliau sememangnya harus mengambil iktibar dari isu yang telah tular ini. Ini merupakan polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh setiap pengasas e-sukan. 

Maka, sebagai orang yang berpengalaman dan tahu akan polisi serta peraturan e-sukan, beliau tidak seharusnya mendorong pemain untuk melakukan aktiviti tersebut. Ia bukan sahaja mencemar nama baik individu tetapi juga Garena Free Fire.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaiĂ 

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya