MEMUAT

Taip untuk mencari

Free Fire GeekFam diskualifikasi dari kelayakan MCP Majors S2

atq_hyprgame
Kongsi

Selepas berita tentang aktiviti “smurfing” dilakukan oleh pasukan Free Fire SEM9.AKO, kini pasukan Free Fire Geek Fam pula diambil tindakan atas tindakan yang sama iaitu, “smurfing“.

Garena Free Fire ada memuat naik satu posting di Facebook rasmi mereka mengatakan bahawa Garena Free Fire MCP Esports Team ada memaklumkan tentang kemungkinan aktiviti “smurfing” dalam Kelayakan Dalam Permainan pada 15 Ogos yang lalu.

Sumber: Geek Fam Free Fire Malaysia

Posting itu dimuat naik oleh Garena Free Fire pada 17 Ogos, semalam. Di posting tersebut, Garena ada memberi senarai pemain-pemain yang terlibat dalam aktiviti “smurfing“. 

Kali ini, ia melibatkan dua orang pemain Free Fire bagi pasukan Geek Fam iaitu Geek.Apiz dan Geek.Shoyu. Pemain ini telah didakwa terlibat dalam aktiviti “smurfing” 

Bagi membersihkan nama baik Garena itu sendiri dan membasmi kegiatan-kegiatan “unfair play” dalam kompetitif, Garena membuat keputusan untuk mendiskualifikasi pasukan Free Fire Geek Fam dari bertanding.

Manakala, dua orang pemain Geek Fam yang secara langsung terbukti terlibat dalam aktiviti “smurfing” ini akan dikenakan ban e-sukan selama 1 tahun yang bakal berakhir pada 16 Ogos 2022. Serta, mereka tidak boleh menyertai semua tournament e-sukan rasmi Free Fire sehingga 16 Ogos 2022.

Geek Fam Free Fire Malaysia juga ada memuat naik kenyataan rasmi di laman rasmi Facebook milik mereka tentang isu ini. Organisasi itu meluahkan rasa kecewa terhadap pemain mereka.

“Kami ingin menjelaskan bahawa nilai-nilai teras Geek Fam berlandaskan keadilan dan intergriti pada tahap tertinggi . Aksi “smurfing” yang dilakukan oleh “Shoyu” dan “Apiz” tidak mencerminkan nilai-nilai tersebut.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”, pepatah ini berkait rapat dengan situasi yang berlaku sekarang kerana disebabkan oleh pemain yang tidak berlaku jujur, keseluruhan pasukan mereka dibatalkan dari tournament.

Walau bagaimanapun, ini merupakan satu pengajaran buat semua pemain-pemain e-sukan untuk lebih peka tentang polisi dan syarat yang terdapat dalam buku peraturan pengasas-pengasas e-sukan.

Tindakan dari Garena Free Fire sememangnya satu tindakan yang bagus untuk memastikan nama e-sukan dijaga dengan baik. Serta, membasmi tindakan “unfair play” dalam Garena Free Fire itu sendiri. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya