MEMUAT

Taip untuk mencari

JP NSEA kini bertukar nama TABAH NSEA bersaing di PMPL S4

atq_hyprgame
Kongsi

TABAH NSEA yang dulu dikenali sebagai JP NSEA akan turut menyertai PMPL S4 MY/SG. 

Menerusi laman rasmi Facebook milik organisasi e-sukan itu, NSEA akan ditaja sepenuhnya oleh Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH)

Sumber: TABAH NSEA

Pasukan ini layak ke PMPL S4 MY/SG apabila mereka berjaya mendapat tempat ke-2 di pusingan kelayakan PMPL S4 MY/SG.

Pusingan kelayakan itu mempunyai sebanyak 10 pasukan dari Singapura dan 6 pasukan dari Malaysia.

6 pasukan yang bertanding di pusingan kelayakan PMPL S4 MY/SG merupakan pasukan yang tidak dapat mengunci tempat 4 teratas di PMNC 2021. 

Organisasi itu memberitahu bahawa barisan pemain rasmi akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini. Dan berharap agar peminat mereka nantikan pengumuman rasmi dari mereka. 

Baca dengan lebih lanjut di Facebook Negeri Sembilan Esports Association

TABAH NSEA akan berada di Kumpulan D bersama-sama dengan Anti Circle (AC), Homebois (HB) dan Whales Esports (WES) di PMPL S4 MY/SG yang akan bermula pada 24 Ogos 2021.

Untuk mengetahui senarai kumpulan pasukan kegemaran anda yang akan bertanding di PMPL S4 MY/SG, boleh lihat di Facebook PUBG Mobile Malaysia Official.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *