MEMUAT

Taip untuk mencari

SEM9 rasmi berpisah dengan team Free Fire, SEM9.AKO

atq_hyprgame
Kongsi
Sumber: SEM9

Terbaru, SEM9 telah membuat satu pegumuman di laman rasmi Facebook miliknya bahawa mereka akan melepaskan team Free Fire, SEM9.AKO

Pelepasan team Free Fire, SEM9.AKO adalah disebabkan oleh pihak organisasi SEM9 telah diberitahu oleh Garena tentang penglibatan beberapa pemain SEM9 dalam aktiviti “unfair play“, terutamanya tindakan “smurfing” semasa kejohanan berlangsung. 

Pihak SEM9 menyatakan bahawa organisasi itu terkejut dengan berita yang diberitahu oleh Garena. Organisasi itu juga berasa kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pemain-pemain mereka ketika kejohanan sedang berlangsung (MCP Major Musim 2)

Menurut SEM9, mereka diberi notis oleh Garena mengenai tindakan pemain-pemain SEM9.AKO. Dan SEM9 semestinya tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Organisasi itu akur untuk menunggu sehingga proses penyiasatan tentang tindakan pemain mereka dibuat dengan adil. Sehingga belum mendapat kata putus dari Garena, SEM9 tidak akan berkongsi sebarang maklumat.

Baru-baru ini menerusi laman rasmi Facebook Garena Free Fire, Garena ada memuat naik senarai pemain yang terlibat dalam aktiviti “smurfing“.

Klik di sini untuk mengetahui senarai pemain yang terlibat: Facebook Garena Free Fire

Demi menjaga nama organisasi tersebut serta intergriti Free Fire itu sendiri, SEM9 akur dengan Garena untuk mendiskualifikasi pasukan Free Fire terutamanya xShuraa, xZennOP dan xNEWB

Sumber: Facebook SEM9

SEM9 juga mengambil tindakan untuk memberhentikan pemain yang terlibat atas sebab melanggar kontrak. Ianya akan berkuat kuasa serta merta. 

Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh SEM9 semalam, SEM9 mengatakan bahawa mereka rasmi berpisah dengan keseluruhan team Free Fire. 

Organisasi itu mempunyai misi dan visi untuk melahirkan persaingan yang sihat dan permainan yang adil di peringkat tertinggi.

Oleh itu, SEM9 berharap untuk memimpin pemain yang mempunyai nilai dan budaya yang selaras dengan apa yang mereka mahu kecapi. 

“Thank you for sticking with us through this rough week, let’s look forward for better and brighter days ahead for SEM9!”

Tommy Chieng yang merupakan Pengasas SEM9 dan CEO SEAGM juga ada meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pemain dari pasukan Free Fire mereka.

Menerusi Facebook Tommy Chieng, beliau ada memuat naik satu posting berkenaan tentang isu pasukan Free Fire SEM9.AKO. Beliau juga meminta maaf kepada semua penyokong dan peminat SEM9 atas perkara tersebut.

Baca lanjut di Facebook SEM9 dan Tommy Chieng

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya