MEMUAT

Taip untuk mencari

Rasmi ditaja oleh Boom Energy Shot, NSP Esports MY ke PMPL S4

atq_hyprgame
Kongsi
Sumber: Facebook NSP Esports

NSP Astra yang dulunya memegang nama sebagai Astra X merupakan salah satu pasukan yang layak untuk bertanding di PMPL S4 MY/SG. Pada awalnya, Astra X bermula di PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2021 dan mendapat tempat ke-10. 

Pasukan itu seterusnya melayakkan diri untuk bermain di pusingan kelayakan PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG pada musim yang keempat. Mereka berjaya mendapat tempat ke-4 sekali gus menjadi antara pasukan yang bakal bertanding di PMPL S4 MY/SG

Kini, pasukan Astra X yang sudah bernaung di bawah NSP Esports akan menggunakan nama NSP Astra untuk dibawa ke arena PMPL S4 ini.

Baru-baru ini juga, NSP Esports telah memperkenalkan penaja rasmi untuk pasukan tersebut iaitu Boom Energy Shot. Menerusi Facebook NSP Esports, Hausboom juga merupakan penaja utama yang akan menaja NSP Esports. 

Di laman rasmi Facebook NSP Esports, organisasi itu ada mengatakan bahawa Hausboom merupakan satu jenama minuman yang sedang dan masih meningkat naik.

Hausboom bukan sahaja memasarkan produk mereka di Malaysia, tetapi juga di negara seperti China, Brunei, Maldives, Korea Selatan, Sri Lanka, Yemen, Oman, Timor Leste, Seychelles, Jepun, Indonesia, Singapura dan Mongolia.

Baca dengan lebih lanjut di Facebook NSP Esports

Boom Energy Shot merupakan produk di bawah penjenamaan Hausboom. Dan secara rasmi produk minuman tenaga bersaiz poket itu menjadi produk utama yang menaja NSP Esports. 

Secara keseluruhannya, NSP Esports akan mendapat tajaan produk dari Boom Energy Shot yang merupakan produk di bawah Hausboom. Sekali gus, NSP Esports membawa nama tajaan mereka, Hausboom dan Boom Energy Shot.

Menerusi laman utama Facebook NSP Esports, organisasi itu berterima kasih ke atas kesudian Hausboom dan Boom Energy Shot kerana menjadi penaja rasmi untuk organisasi mereka. 

NSP Astra akan bermain di dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan SEM9.GANK, RSG dan AIGR2K.

Berikut merupakan senarai pasukan-pasukan PMPL S4 MY/SG mengikut kumpulan yang telah ditetapkan melalui “Group Draw“:

Sumber: PUBG Mobile Malaysia Official

Terdapat 20 pasukan yang akan bertanding di PMPL MY/SG pada musim yang keempat dan 16 pasukan teratas akan melayakkan diri ke peringkat country finals!

Adakah NSP Astra akan memberi saingan yang baru buat pasukan-pasukan yang lain?

Marilah kita sama-sama saksikan kemunculan pertama NSP Astra di PMPL MY/SG pada musim yang keempat ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *