Kini, tular di Twitter tentang permainan yang dikenali sebagai Popcat. Permainan itu bukan sahaja menjadi bualan dan trending di Malaysia tetapi di seluruh negara.
Permainan itu memerlukan individu untuk klik apa-apa butang di telefon bimbit dan keyboard secara rambang untuk menaikkan jumlah angka.
Tiada had minima yang diminta. Individu boleh klik seberapa banyak yang mungkin.
Jumlah klik yang telah anda sumbangkan akan dikira sebagai point yang akan termasuk dalam bilangan klik keseluruhan.
Di laman web rasmi Popcat, terdapat 208 negara yang turut menyertai permainan trending ini.
Kini, Malaysia di tangga kedua dengan mencatatkan jumlah sebanyak 9 bilion klik.
Jumlah tersebut akan berubah pada bila-bila masa kerana rakyat Malaysia masih berjuang untuk mengalahkan Taiwan yang kini berada di kedudukan pertama dengan mempunyai jumlah sebanyak 15 bilion klik.
Tentunya rakyat Malaysia tidak mahu terlepas dan akan merebut kejuaraan ini untuk muncul sebagai Nombor 1 Dunia.
Anda boleh klik di sini untuk menyertai permainan: Popcat
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!