MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

MPL ID S11 17 Februari 2023

ai hyprgame
Kongsi
MPL ID S11 17 Februari 2023

Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) MPL Indonesia atau juga singkatnya dipanggil MPL ID S11 telah diumumkan secara rasminya bermula pada 17 Februari 2023 ini.

Kredit : MPL Indonesia

Pengumuman ini sendiri dibuat oleh MPL ID S11 di akaun media sosial rasmi mereka kepada peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB.

MPL ID S11 kali ini menampilkan 8 pasukan MLBB bersaing untuk merebut tahta juara yang terdiri daripada Geek Slate (GEEK), Rebellion Zion (RBL), Bigetron Alpha (BTR), RRQ, ONIC Esports (ONIC), Aura Fire (AURA), Alter Ego (AE), Dan Evos Legends (EVOS).

Komuniti esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ini nampaknya sudah tidak sabar untuk mengikuti acara ini dan melihat sendiri aksi pemain mahupun pasukan di MPL ID S11 kali ini. Tambahan lagi Indonesia pernah menjadi tuan rumah kepada kejuaraan dunia Mobile Legends Bang Bang iaitu M4 World Championship pada Januari 2023 lalu.

Adakah Indonesia akan menebus kekalahan mereka untuk memegang trofi M4 World Championship gagal? Atau Apakah mereka akan terus konsisten meluncur maju kehadapan setelah RRQ Hoshi Indonesia berjaya menamatkan kejuaraan dunia tersebut di tangga ketiga, Dan Onic Esports di kedudukan Ke-4? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Selain kesibukan menyiapkan persediaan di MPL ID S11 kali ini, Indonesia juga berjaya menghantar wakilnya ke Sukan SEA Kemboja Kemboja tidak lama lagi. Ini merupakan pencapaian yang baik buat pasukan negara Indonesia didalam dunia esukan kompetetif khususnya Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Pada MPL ID S10 musim yang lalu, Onic Esports berjaya menumbangkan RRQ Hoshi dan menjuarai acara tersebut. Malahan di MPL ID S9 mereka turut dipertemukan di babak Grand Finals.

Apakah MPL ID S11 kali ini akan dimenangi oleh Onic Esports? Atau adanya juara baharu yang bakal memecahkan rekod juara bertahan Onic Esports? Segalanya bakal terjawab nanti!

Semoga kita akan dapat melihat corak permainan yang dinamik kesemua pasukan di MPL ID S11 nanti!

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *