MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Roster Todak Bakal Disertai Lebih Seorang Pemain PH?

ai hyprgame
Kongsi
Roster Todak Bakal Disertai Lebih Seorang Pemain PH?

Musim liga MPL MY S11 sudah hampir bermula dan ramai pasukan sudah mengumumkan Roster mereka bagi persedian ke kejohanan tersebut. Walaubagaimanapun pasukan Todak masih belum lagi membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan lineup lengkap mereka nanti di MPL MY S11.

Sehingga kini peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB masih berteka-teki tentang siapakah yang memenuhi slot didalam Roster Todak ini.

Oleh yang demikian ada khabar angin yang menyatakan pasukan Todak akan menyerap pemain daripada luar negara iaitu Filipina untuk menjadi sebahagian divisi Malaysia ini. Lebih mengujakan lgi adalah komuniti juga dikhabarkan dengan penyerapan lebih daripada seorang pemain import bersama Todak di MPL MY S11 nanti.

Nampaknya setelah kekecewaan di M4 World Championship yang lalu, Todak usaha untuk bangkit dan ingin memberikan kelainan di MPL MY S11 ini. Menerusi berita yang dikongsikan di media sosial, Todak akan mengumumkan Roster lengkap mereka pada 14 Februari 2023 nanti.

Semoga Roster baharu ini dapat memberikan pencapaian baharu yang belum pernah diraih oleh Todak tidak kira di MPL, MSC, M-Series dan kejohanan MLBB yang lainnya.

Todak merupakan organisasi esukan di Malaysia yang tidak hanya aktif didalam divisi Mobile Legends Bang Bang, Tetapi juga didalam divisi Free Fire dan Valorant. Selain menjadi organisasi yang terlibat aktif dengan esukan, Todak juga banyak mengeluarkan merchandise dan produk esukan mereka didalam pasaran Malaysia khususnya. Mereka berjaya membawa diri ke peringkat Grand Final Mobile Professional League MPL 10 sekaligus dinobatkan sebagai Naib Juara pada acara tersebut.

Hasil kemenangan tersebut mereka berjaya melayakkan diri ke Mobile Legends World Champion 2023 di Jakarta, Indonesia. Walaubagaimanapun Naib Juara MPL MY S10 ini menerima kekalahan yang teruk ketika di kejuaraan dunia MLBB itu pada Januari lalu setelah ditewaskan oleh The Valley daripada Amerika Selatan dengan skor 2-0.

Strategi baharu harus dilakukan bagi memperbaiki mutu permainan divisi ini, Tambahan lagi setelah Amoux sudah meletakan jawatannya sebagai jurulatih Todak baru-baru ini. Malahan Ashi sendiri turut mengumumkan yang Todak sedang mencari Mid Laner baharu bagi persediaan menghadapi Mobile Professional League MPL MY S11 nanti.

Pasti ramai yang tertunggu siapakah agaknya pemain-pemain yang bakal mengisi roster Todak bagi musim ke-11 sehingga ada yang mengagak ada kemungkinan pemain daripada RSG PH akan menyertai Todak di MPL MY S11 nanti. Agak-agaknya siapakah yang anda ingin lihat didalam Todak ketika MPL MY S11 nanti? Kongsikan.

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya