MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Zeys Tidak Lagi Sertai EVOS Legends

ai hyprgame
Kongsi
Zeys Tidak Lagi Sertai EVOS Legends

Sebelum ini dunia esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB disajikan dengan berita perpindahan Zeys daripada MPL ID ke Sea Games 2023. Selepas EVOS Legends mengumumkan Roster mereka musim ini tanpa Zeys sebagai jurulatih, Zeys turut mengumumkan yang dia kini menjadi salah seorang jurulatih buat kontijen Indonesia di Sukan Sea yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Zeys atau nama sebenar beliau Bjorn Ong merupakan pemain esukan MLBB daripada Singapura yang pernah beraksi didalam divisi Arena of Valor dan Heroes of the Storm.

Berumur 28 tahun, Bintang EVOS Legends yang berstatus inactive sudah menimba banyak pengalaman di beberapa kejohanan seperti IESF World Championship 2022, MPL ID, MPL SG, M Series dan lain-lain lagi.

Menyertai Team EVOS sejak 2019, Zeys kini melangkah satu kali lagi ke SEA Games 2023 dengan misi dan harapan baharu.

Dalam pada itu ketiadaan jurulatih menyebabkan EVOS Legends mengambil langkah pantas dengan menggantikan posisi Zeys tersebut kepada TaxStump MPL ID S11 nanti. Manakala Age pula akan memegang peranan sebagai Analis Evos Legends.

EVOS Esports merupakan kelab esukan profesional yang terletak di Indonesia, Dan memiliki cawangan di Singapura, Vietnam, Thailand, dan Filipina.

Tidak lama selepas pengumuman Zeys sebagai jurulatih Sukan Sea 2023 bagi Indonesia, Sekali lagi komuniti esukan telah mendapat berita yang Zeys sudah keluar daripada EVOS Legends secara rasminya. Malahan pengumuman itu sendiri dibuat menerusi platform media sosial EVOS Legends sendiri menyatakan Zeys tidak lagi bermain buat divisi ini sejak 10 Februari 2023.

Berita ini amat mengecewakan peminat EVOS Legends yang sudah sebati dengan keberadaan Zeys sejak 4 tahun yang lalu. Malahan Zeys sendiri turut merasa kecewa dengan situasi yang dihadapinya dan turut berkongsi luahannya di live streaming.

Zeys menyatakan yang pasukan EVOS Legends selama ini dibangunkan dan bangkit kuat dengan kepimpinannya akhirnya menyisihkan dirinya. Bintang MLBB kelahiran Singapura ini turut merasa tidak dihargai kerana tindakan EVOS Legends. Menurut Zeys impiannya adalah untuk membawa EVOS Legends ke kejuaraan dunia tetapi tidak kesampaian kerana keputusan tidak adil ini.

Walaubagaimanapun kehidupan harus diteruskan dan Zeys perlu fokus kepada persediaan kontijen Indonesia di Sukan Sea 2023 nanti. Bekas jurulatih EVOS Legends ini turut mengungkapkan kepada umum yang isu ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang didalam dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB dan akan cuba meneroka peluang bersama pasukan MLBB lain kelak.

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *