MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ELX Esports Juara MSPC S2

ai hyprgame
Kongsi
ELX Esports Juara MSPC S2

Mobile Legends Semi Pro Championship (MSPC) musim yang ke-2 telah menyaksikan kemenangan pasukan ELX Esports di Grand Finals semalam.

ELX Esports akhirnya berjaya menumpaskan musuh mereka di Land of Dawn iaitu pasukan Freakout MY dengan skor sebanyak 3 berbalas dua ketika dipusingan akhir itu.

Untuk pengetahuan anda, Mobile Legends Semi Pro Championship MSPC musim kedua ini telah diadakan di Strand Mall, Kota Damansara Selangor, Malaysia.

Juara pada acara ini akan membawa pulang Piala MSPC musim yang Ke-2 dan ini merupakan kejuaraan berturut-turut buat ELX Esports selepas menjadi juara MSPC pada musim yang pertama.

Selain itu, Barisan atau Roster yang menyertai ELX Esports merupakan ahli pasukan yang terdahulu iaitu The Academy pada MSPC musim pertama.

Kredit : Abang MLBB

Tahniah buat ELX Esports kerana berjaya mempertahankan kejuaraan sejak musim lepas sehingga ke peringkat Grand Finals MSPC musim kedua. Ini berjaya membuktikan yang Roster ini tetap fokus dan konsisten walaupun berada didalam pasukan baharu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *